Formula 10/100:
Cara Mudah Susun Bajet Takaful Ikut Gaji.
Tak perlu pening dengan ratusan jenis pelan. Dr. Hana ringkaskan kepada dua nombor yang senang diingat.
Ringkasan
- Guna sekitar 10% daripada gaji bersih untuk caruman takaful.
- Sasarkan pampasan yang boleh tampung sekitar 100 bulan perbelanjaan keluarga.
- Kalau bajet terhad, lindungi diri dulu (medical card, CI, hibah) sebelum simpanan. Mana satu dulu bergantung pada situasi anda.
Gaji Bulanan
Bulan Ketenangan
Soalan yang paling kerap Hana terima: "Berapa sebenarnya saya patut belanja untuk takaful?" Terlalu banyak, 'cashflow' bulanan jadi sesak. Terlalu sedikit, perlindungan tak cukup bila betul-betul diperlukan. Formula 10/100 ialah titik mula yang mudah.
"Matlamat saya bukan untuk menjual polisi, tetapi untuk membina perlindungan yang tidak runtuh bila ribut melanda."
Nak Formula Ini Dikira Ikut Gaji Anda?
Tak perlu kira sendiri. WhatsApp Hana terus untuk kira formula 10/100 ikut gaji sebenar anda.
WhatsApp Terus Dengan HanaLogik 10/100: Bagaimana Ia Berfungsi?
Soalan sebenar untuk setiap keluarga ialah: kalau pencari nafkah tiba-tiba tak boleh bekerja, atau meninggal dunia, berapa lama simpanan dan takaful boleh tampung keluarga?
01 Kecekapan Agihan (10%)
Guna sekitar 10% daripada gaji bersih untuk caruman takaful. Lebih daripada itu, ia boleh membebankan 'cashflow' bulanan. Kurang daripada itu, perlindungan anda mungkin tak cukup bila diperlukan.
02 Ketahanan Masa (100 Bulan)
Kenapa 100 bulan? Kerana 8 tahun 4 bulan memberi keluarga masa yang cukup untuk bangkit semula. Anak-anak sempat membesar, pasangan sempat menyesuaikan diri atau belajar kemahiran baru, dan hutang jangka pendek sempat selesai.
100 Bulan Atau 24 Bulan? Dua-Dua Betul
Mungkin anda pernah baca formula gaji × 24 bulan untuk pelan CI. Kedua-duanya menjawab soalan yang berbeza:
- Gaji × 24 bulan: berapa pelan CI yang anda perlukan, supaya ada duit untuk hidup 2 tahun semasa pulih daripada sakit kritikal.
- Belanja × 100 bulan: berapa jumlah semua perlindungan keluarga (CI dan hibah digabungkan), kalau pencari nafkah meninggal dunia atau tak boleh bekerja lagi.
Contoh: gaji RM5,000, belanja keluarga RM4,000 sebulan. Pelan CI sekitar RM120,000 (RM5,000 × 24). Sasaran keseluruhan RM400,000 (RM4,000 × 100), jadi bakinya sekitar RM280,000 boleh datang daripada hibah. Baca tentang Pelan Penggantian Gaji →
Analisis Senario Gaji: Berapa Bajet Anda?
Ini contoh bagaimana formula 10% boleh diguna ikut tahap gaji yang berbeza. Tujuannya ialah perlindungan yang paling banyak, dengan beban bulanan yang paling ringan. Agihan sebenar bergantung pada umur, kesihatan dan tanggungan anda.
| Gaji Bersih | Bajet Takaful (10%) | Cadangan Strategi Agihan |
|---|---|---|
| RM 3,000 | RM 300 | Fokus kepada Medical Card Standalone + Hibah RM100k. |
| RM 5,000 | RM 500 | Medical Card + Hibah RM250k + Pampasan Sakit Kritikal RM100k. |
| RM 8,000 | RM 800 | Pelan lebih lengkap (Idaman) dengan pampasan lebih tinggi dan simpanan. |
Kos Menunggu: Kenapa 'Skip' 10 Tahun Sangat Merugi?
Dalam perancangan kewangan, masa ialah faktor yang paling mahal. Bandingkan Encik A yang mula pada umur 25 tahun dengan Encik B yang mula pada umur 35 tahun, untuk pelan yang sama (angka caruman ialah contoh sahaja):
Mula Awal (Umur 25)
- ✓ Caruman lebih murah (contoh: RM150 sebulan)
- ✓ Lebih mudah diluluskan (biasanya belum ada sejarah sakit)
- ✓ Nilai tunai terkumpul lebih lama (jika pelan ada nilai tunai)
Tangguh 10 Tahun (Umur 35)
- ✗ Caruman lebih mahal (contoh: RM250 sebulan)
- ✗ Risiko 'loading' atau 'exclusion' jika sudah ada penyakit
- ✗ Rugi perlindungan selama 3,650 hari
Urutan Keutamaan Perlindungan
Kalau 10% bajet anda tak cukup untuk ambil semua pelan sekali gus, ini urutan asas untuk yang belum ada sebarang perlindungan:
-
01
Medical Card
Jaring keselamatan paling asas. Tanpanya, simpanan anda boleh habis untuk bayar bil hospital.
-
02
Ganti Gaji: CI dan Hibah
CI bayar komitmen bila anda sakit kritikal dan tak boleh bekerja. Hibah beri duit tunai kepada keluarga kalau anda meninggal dunia. Kalau ada tanggungan (anak, pasangan, ibu bapa), bahagian ini sangat penting.
-
03
Simpanan dan Pelaburan
Fokus di sini selepas dua perkara di atas sudah dilindungi.
Kalau majikan sudah beri medical card, anda boleh mulakan dengan CI dulu. Baca: Medical card atau CI dulu? →
Ramai orang terbalikkan urutan ini. Mereka fokus simpanan dulu, tapi bila sakit, simpanan itulah yang habis untuk kos rawatan dan belanja harian.
Dah Tahu Jarak 'Gap' Anda?
Gunakan kalkulator kami untuk kira berapa pampasan yang keluarga anda perlukan.
Buka KalkulatorDua Kesilapan Yang Paling Kerap
Daripada pengalaman Hana berbincang dengan klien, dua kesilapan ini paling kerap berlaku:
1. Pilih Yang Paling Murah
Pilih pelan paling murah tanpa tengok jumlah pampasan. Bila berlaku musibah, pampasan hanya cukup untuk beberapa bulan perbelanjaan, jauh daripada sasaran 100 bulan.
2. Tunggu Gaji Naik Dulu
Tunggu gaji 'lebih besar' baru nak mula. Masa itu umur sudah naik, caruman lebih mahal, dan mungkin sudah ada penyakit yang buat permohonan lebih susah diluluskan.
Dr. Hana
PhD EngineeringMenggunakan pendekatan data & analisis risiko untuk membantu keluarga membina struktur kewangan yang tahan lasak. Misi Hana: 0% Harta Beku, 100% Ketenangan.