Home / Blog / Hibah Mampu Milik

Hibah RM350,000 Dengan Hanya RM45/Bulan?

Mula kecil, tambah bila mampu. Strategi untuk lindungi keluarga tanpa bebankan bajet.

Dikemaskini Bacaan 8 minit

Ringkasan

"Hibah? Mahal la... Saya tak mampu."

Ini antara salah faham terbesar tentang hibah Takaful. Ramai fikir untuk sediakan hibah RM350,000, mereka perlu bayar ratusan ringgit sebulan. Padahal...

Anda boleh mula dengan RM45 sebulan.

Contoh: lelaki 24 tahun, bukan perokok, hibah RM350,000 untuk tempoh 10 tahun. Caruman sebenar bergantung pada umur, jantina, kesihatan dan tempoh pelan. Lebih muda anda mula, lebih rendah carumannya.

Kenapa A-Life Sejuta Makna Berbeza?

A-Life Sejuta Makna ialah pelan hibah bertempoh yang sesuai untuk mereka yang:

Bajet Terhad Tapi Nak Perlindungan Tinggi

Pelan ini fokus pada perlindungan semata-mata, tanpa komponen pelaburan. Sebab itu carumannya rendah untuk jumlah hibah RM350,000 ke atas.

Pendapatan Akan Naik Masa Depan

Baru grad? Gaji masih rendah? Takpe. Mula dengan perlindungan asas dulu. Dengan Kuota Kewangan Pra-Penilaian, bila anda tambah perlindungan Sejuta Makna nanti, anda hanya perlu deklarasi kewangan yang dipermudahkan (jika diminta), berdasarkan bukti kewangan yang diberi semasa permohonan pertama.

Tak Nak Komitmen Terlalu Panjang

Pilih tempoh 10 tahun, 20 tahun, atau sehingga umur 60. Tempoh 10 tahun paling ringan, sesuai untuk yang masih merancang kerjaya dan kehidupan.

'Conversion Privilege'

Dalam tempoh 5 tahun sebelum pelan matang, dan sebelum umur 66, anda boleh tukar kepada pelan Takaful lain yang melindungi wafat dan HUMK, tanpa 'underwriting' perubatan. Ini sangat penting kalau kesihatan anda berubah sepanjang tempoh itu.

Nak Tahu Berapa Caruman Untuk Umur Anda?

Setiap orang berbeza. Hana boleh sediakan sebut harga yang tepat untuk anda.

Strategi 'Mula Kecil, Tambah Bila Mampu'

Ini pendekatan yang Hana cadangkan untuk kebanyakan klien muda:

Pelan 3 Fasa

1

Fasa Permulaan (Umur 25 hingga 30)

Perlindungan: RM350,000 | Caruman: anggaran RM45 hingga RM85 sebulan | Tempoh: 10 tahun

Baru grad, gaji masih RM3k hingga RM5k. Mula dengan perlindungan asas untuk keluarga. Kalau berlaku apa-apa, RM350k boleh tampung 5 hingga 7 tahun perbelanjaan keluarga.

2

Fasa Pertumbuhan (Umur 30 hingga 35)

Perlindungan: RM500,000 hingga RM750,000

Gaji dah naik (RM6k hingga RM10k), dah ada anak, ada pinjaman rumah. Ini masa yang sesuai untuk tambah perlindungan. Pelan asal anda kekal, dan Kuota Kewangan Pra-Penilaian memudahkan bahagian kewangan bila anda ambil Sejuta Makna yang seterusnya.

3

Fasa Matang (Umur 35 ke atas)

Perlindungan: RM1,000,000 ke atas | Caruman: ikut pendapatan

Kerjaya stabil, pendapatan tinggi. Boleh pertimbangkan pelan seperti A-Life Legasi Beyond untuk tinggalkan legasi besar, dengan nilai akaun jangka panjang.

  • • Tak bebankan bajet masa muda
  • • Keluarga dilindungi dari awal
  • • Perlindungan asal kekal walaupun kesihatan berubah
  • • Boleh tukar ke pelan wafat dan HUMK lain tanpa 'underwriting' perubatan

'Conversion Privilege': Kenapa Ini Sangat Penting?

Ciri Yang Paling Kurang Dihargai

Ramai tak sedar betapa berharganya 'Conversion Privilege'. Jom tengok satu contoh.

Contoh Situasi: Ahmad, 28 Tahun

Ahmad ambil Sejuta Makna RM350k, tempoh 10 tahun. Sihat, tiada masalah kesihatan.

Ahmad didiagnos diabetes. Pelan 10 tahunnya akan tamat pada umur 38, tapi dia masih perlukan perlindungan untuk anak-anak.

Bila pelan tamat, Ahmad kena mohon pelan baru dan lalui 'underwriting'. Dengan diabetes, permohonan boleh ditolak, ditangguh atau dikenakan caruman tambahan.

Dalam tempoh 5 tahun sebelum pelan matang (umur 33 hingga 38), Ahmad boleh tukar kepada pelan Takaful lain yang melindungi wafat dan HUMK, tanpa 'underwriting' perubatan. Diabetesnya tidak dinilai semula untuk pertukaran ini. Caruman baru dikira ikut umurnya ketika itu.

Ia seperti perlindungan untuk perlindungan anda.

Pertukaran hanya ke pelan wafat dan HUMK (bukan pelan penyakit kritikal), dan tertakluk kepada syarat pelan.

Perbandingan: 10 Tahun vs Sehingga Umur 60

Aspek Tempoh 10 Tahun Sehingga Umur 60
Caruman Bulanan Lebih rendah Lebih tinggi
Komitmen 10 tahun sahaja Sehingga umur 60
Sesuai Untuk Fresh grad, keluarga muda, bajet terhad Kerjaya stabil, mahu perlindungan sepanjang tempoh bekerja
'Conversion Privilege' ✓ Sangat berguna Kurang perlu, tempoh sudah panjang
Paling Sesuai Mula cepat, tukar atau tambah kemudian Perancangan jangka panjang

*Kedua-dua pilihan ada kelebihan masing-masing. Pilih ikut fasa hidup anda. Tempoh 20 tahun juga boleh dipilih.

Contoh Situasi: Siapa Sesuai Ambil Sejuta Makna?

Contoh di bawah ialah situasi ilustrasi, bukan kisah klien sebenar. Caruman ialah anggaran.

01

Faiz, 26 Tahun, 'Software Engineer'

Gaji RM4,500, baru kahwin, isteri bekerja, belum ada anak.

"Saya nak ada perlindungan asas untuk isteri, tapi gaji masih rendah. Dalam 3 hingga 4 tahun, saya plan nak ada anak dan beli rumah. Masa tu baru saya nak tambah."

Sejuta Makna RM350,000 (10 tahun)

  • • Caruman: anggaran RM65 sebulan
  • • Bila ada anak nanti, tambah perlindungan selagi masih muda dan sihat
  • • Tak bebankan bajet masa muda
  • • Isteri dilindungi dari sekarang
02

Siti, 29 Tahun, Guru

Gaji RM3,800, bujang, jaga ibu bapa, baki PTPTN RM30k.

"Kalau jadi apa-apa pada saya, saya nak pastikan ibu bapa ada duit untuk sara hidup dan PTPTN saya tak jadi beban keluarga. Tapi gaji saya tak tinggi sangat."

Sejuta Makna RM350,000 (10 tahun)

  • • Caruman: anggaran RM45 hingga RM55 sebulan
  • • RM350k cukup untuk langsaikan PTPTN dan beri ibu bapa RM2k sebulan selama sekitar 13 tahun
  • • Bila gaji naik, boleh tambah perlindungan
  • • Tak perlu korbankan gaya hidup sekarang

Situasi Anda Berbeza?

Setiap orang ada keperluan sendiri. Jom Hana bantu rancang pelan yang sesuai dengan fasa hidup anda.

Soalan Yang Selalu Ditanya

Kalau saya tak 'convert' selepas 10 tahun, apa jadi?

Perlindungan tamat, dan nilai akaun (jika ada) dikembalikan. Kalau masih perlukan hibah, anda perlu mohon pelan baru dan lalui 'underwriting' semula. Sebab itu 'Conversion Privilege' penting, kerana ia bagi pilihan untuk sambung tanpa 'underwriting'.

Bila saya boleh 'convert'?

Dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh matang pelan asal, dan sebelum anda berumur 66 tahun. Lebih baik bincang awal dalam tempoh itu, supaya ada masa untuk sesuaikan bajet.

Kalau saya 'convert', caruman naik berapa?

Caruman pelan baru dikira ikut umur anda ketika 'convert'. Contohnya, kalau anda 'convert' pada umur 35, caruman ikut kadar umur 35. Yang penting, kesihatan anda tidak dinilai semula kerana 'conversion' dibuat tanpa 'underwriting' perubatan.

RM350k cukup ke untuk keluarga saya?

Sebagai permulaan, RM350k ialah perlindungan yang baik. Ia boleh tampung 5 hingga 7 tahun perbelanjaan untuk keluarga bergaji RM4k hingga RM5k. Yang penting, anda sudah ada perlindungan. Bila pendapatan naik, tambah lagi.

Saya dah ada PERKESO, perlu lagi hibah Takaful?

PERKESO beri faedah untuk kemalangan pekerjaan dan keilatan, tapi kebanyakannya dalam bentuk pencen bulanan yang berkait dengan gaji, dan ada syarat kelayakan. Hibah Takaful bayar satu jumlah sekali gus terus kepada penerima yang anda pilih, untuk apa jua punca kematian yang dilindungi. Kedua-duanya saling melengkapi.

Kesimpulan: Jangan Tunggu Sampai 'Mampu'

Mindset Yang Betul

Ramai tunggu sampai 'stabil' atau 'mampu' baru nak ambil hibah. Tapi hakikatnya:

  • ✗ Kesihatan boleh berubah bila-bila masa
  • ✗ Caruman lebih mahal bila umur bertambah
  • ✗ Kemalangan tidak pandang usia atau pendapatan

Strategi Bijak

Mula dengan apa yang anda mampu hari ini.
Tambah bila pendapatan meningkat.

"Perlindungan terbaik ialah yang anda ada sekarang, bukan yang anda rancang untuk beli nanti."

Dr. Takaful Hana

Dr. Hana

PhD Engineering

Pakar dalam merancang strategi hibah yang sesuai dengan fasa hidup klien. Pendekatan saya: Data-driven, tiada hard-sell, fokus pada apa yang anda MAMPU dan PERLUKAN sekarang.

Sedia Untuk Mulakan Perlindungan Anda?

Dapatkan quotation percuma untuk AIA Takaful Sejuta Makna. Saya akan kirakan berapa caruman yang sesuai dengan umur dan bajet anda, serta terangkan conversion option secara detail.

Konsultasi Percuma | Analisis Keperluan | Tiada Paksaan