Kos Rawatan vs Gaji Hilang: Mana Lebih Bahaya?
Medical card bayar bil hospital. Tapi siapa bayar komitmen di rumah bila gaji terhenti?
Ringkasan
- Penyakit kritikal seperti kanser atau strok boleh buat anda tak dapat bekerja 12 hingga 24 bulan.
- Medical card bayar bil hospital, tapi tidak ganti gaji. Komitmen bulanan tetap berjalan.
- Pelan penyakit kritikal (CI) beri wang tunai sekali gus. Panduan ringkas: gaji bulanan × 24.
Ramai keluarga tersepit bukan kerana bil hospital (rawatan di hospital kerajaan bersubsidi), tetapi kerana ansuran rumah dan kereta yang tetap perlu dibayar ketika gaji terhenti.
Risau Gaji Terhenti Bila Sakit?
Tak perlu kira sendiri semua angka ni. WhatsApp Hana terus untuk semak cara lindungi gaji dan simpanan keluarga anda.
WhatsApp Terus Dengan HanaMitos "Asalkan Ada Medical Card"
Ramai yang terkesan dengan 'repricing' medical card, bila caruman naik dari semasa ke semasa. Tapi ada isu yang lebih besar: medical card hanya bayar bil hospital. Ia tidak melindungi gaji anda selepas keluar dari wad.
Realiti: Gaji RM5,000 Jadi RM0
Mari kita buat kira-kira mudah. Bayangkan anda ketua keluarga dengan gaji RM5,000 sebulan.
| Perkara | Kos Sebulan | Status |
|---|---|---|
| Ansuran Rumah/Sewa | RM1,500 | Wajib Bayar |
| Ansuran Kereta | RM700 | Wajib Bayar |
| Barang Dapur & Sekolah | RM1,000 | Wajib Bayar |
| Jumlah Komitmen | RM3,200 | Tetap Berjalan |
Kalau diserang kanser atau strok, anda mungkin tak dapat bekerja selama 12 hingga 24 bulan. Mungkin anda pilih hospital kerajaan untuk rawatan yang jauh lebih murah. Bagus, bil hospital selesai.
TETAPI... siapa akan bayar RM3,200 sebulan komitmen di rumah sepanjang tempoh itu?
RM3,200 × 24 bulan = RM76,800. Itu hanya untuk komitmen asas, belum termasuk rawatan susulan, ubat atau kos penjaga.
Dua Perkara Yang Selalu Terlepas Pandang
-
'Repricing' medical card: Caruman medical card boleh naik bila kos perubatan meningkat. Pelan CI tidak bergantung pada bil hospital, dan biasanya lebih mampu milik untuk jumlah perlindungan yang besar.
-
Rawatan murah, gaji tetap terhenti: Walaupun rawatan di hospital kerajaan bersubsidi, gaji anda tetap terhenti. Tanpa pampasan CI, keluarga terpaksa korek simpanan untuk teruskan hidup.
Berapa Banyak Perlindungan CI Yang Patut Ada?
Panduan ringkas yang saya guna: gaji bulanan × 24. Untuk gaji RM5,000, itu RM120,000, cukup untuk ganti gaji selama 2 tahun sementara anda berehat dan pulih. Baca beza medical card dan pelan CI.
Mana Satu Dulu: Medical Card, CI Atau Hibah?
Tiada satu susunan yang betul untuk semua orang. Ia bergantung pada keadaan anda:
01 Ada medical card daripada majikan
Mula dengan CI. Bil hospital dah ada perlindungan asas, jadi lindungi gaji anda dulu.
02 Tiada medical card langsung
Mula dengan medical card. Satu kemasukan wad di hospital swasta boleh menelan ribuan ringgit.
03 Ada tanggungan atau pinjaman rumah
Fikirkan hibah awal. Kalau anda tiada, keluarga perlukan tunai segera untuk teruskan hidup dan bayar komitmen.
Baca huraian penuh: medical card atau CI dulu?
Isteri Merayu Di Media Sosial?
Kita selalu nampak rayuan derma dengan kapsyen "Suami saya sakit, kami tak mampu bayar sewa rumah...". Ada antara mereka sudah ada medical card, tapi tiada perlindungan yang ganti gaji.
Jangan biarkan keluarga anda dalam keadaan itu. Lindungi gaji anda, kerana gaji itulah yang menanggung segalanya di luar hospital.
Baca seterusnya
Bila Pencari Nafkah Jatuh Sakit, Apa Jadi Pada Semua Tabung?
Tabung Haji, tabung anak, dana kecemasan. Semuanya bergantung pada satu perkara yang jarang kita fikir: gaji yang terus masuk setiap bulan.
Dana Kecemasan, Tabung Haji, Kahwin atau Anak: Yang Mana Dulu?
Gaji cuma satu, tapi tabung yang nak diisi ada empat. Ini cara susun supaya satu tabung tak 'mencuri' dari tabung yang lain.
Dr. Hana
PhD EngineeringMenggunakan pendekatan data & analisis risiko untuk membantu keluarga membina struktur kewangan yang tahan lasak. Misi Hana: 0% Harta Beku, 100% Ketenangan.
Kunci Gaji & Simpanan Anda Sekarang
Jangan biarkan ketidakpastian memusnahkan apa yang anda bina bertahun-tahun. Biar Hana bantu anda bina 'Gaji Kedua' yang kukuh secara strategik.
Kira Ganti Gaji SayaKonsultasi Percuma | Analisis Data | AIA Specialist