Home / Simpanan vs Takaful

Simpanan vs Takaful: Mana Betul?

Kenapa kedua-duanya penting, dan tak boleh menggantikan satu sama lain.

Dikemaskini Bacaan 5 minit

Ringkasan

Soalan Yang Selalu Saya Dengar

"Hana, saya dah ada simpanan RM50k. Cukuplah kan? Tak payah takaful..."

"Buang duit je bayar takaful setiap bulan. Baik simpan sendiri."

"Kalau tak claim, duit takaful hilang kan?"

Saya faham. Nampak masuk akal. Tapi ada perkara penting yang ramai terlepas pandang.

Dah Rasa Simpanan Sahaja Tak Cukup?

Tak perlu baca semua dulu. Kalau nak terus tahu imbangan simpanan dan takaful yang sesuai untuk situasi anda, WhatsApp saya terus.

Cari pelan yang buat kedua-duanya sekali? Baca takaful simpanan dan perlindungan: cara ia berfungsi.

Mari Bandingkan Dengan Jujur

Simpanan

  • Duit anda sendiri, boleh guna bila-bila masa
  • Ada keuntungan atau dividen
  • Rasa selamat sebab nampak
  • Boleh akses segera
  • Cepat habis bila krisis
  • Selalunya tak cukup bila sakit teruk dan gaji terhenti
  • Ambil masa bertahun-tahun untuk kumpul semula
  • Kalau meninggal awal, waris dapat apa yang sempat dikumpul sahaja

Takaful

  • Perlindungan tinggi dengan caruman yang jauh lebih kecil
  • Melindungi bertahun-tahun
  • Bila diuji, dapat jumlah besar sekali gus
  • Patuh Syariah, berasaskan tolong-menolong
  • Keluarga terjaga kalau berlaku kematian, penyakit atau hilang upaya
  • Komitmen caruman bulanan
  • Bukan untuk perbelanjaan harian
  • Kalau tak claim, rasa "rugi"
  • Perlu faham terma dan syarat

Contoh Situasi: Puan Siti

Contoh ini rekaan untuk tujuan penerangan.

Puan Siti, 35 tahun, seorang guru. Rajin menyimpan, ada RM80,000 dalam ASB dan simpanan tetap.

Suaminya diserang strok. Bil hospital RM45,000 dibayar oleh medical card.

Masalah sebenar: suaminya tak boleh bekerja selama 10 bulan. Gaji RM5,500 × 10 bulan = RM55,000 pendapatan hilang, sedangkan komitmen rumah tetap berjalan.

Simpanan RM80,000 tinggal sekitar RM25,000 dalam setahun.

Simpanan bertahun-tahun hampir habis untuk satu musibah, dan tekanan kewangan melambatkan pemulihan suaminya.

Bayangkan Kalau Ada Pelan Penyakit Kritikal...

Suaminya dapat RM150,000 sekali gus. Simpanan RM80,000 tak perlu disentuh. Mereka boleh fokus pada pemulihan.

Contohnya, caruman RM200 sebulan selama 10 tahun = RM24,000, untuk perlindungan RM150,000 bila diuji.

Kira-Kira Mudah: Simpan Sendiri vs Takaful + Simpanan

Contoh: Encik Rahman, 30 tahun, gaji RM4,000, bajet RM300 sebulan

  • Simpan RM300 sebulan (andaian dividen 5% setahun).
  • Selepas 10 tahun: lebih kurang RM47,000.
  • Kena strok pada tahun ke-2? Baru ada sekitar RM7,600.
  • Pelan CI RM100,000: contohnya RM180 sebulan (caruman sebenar ikut umur dan pelan).
  • Simpan baki RM120 sebulan.
  • Dari hari pertama sudah ada perlindungan RM100,000.
  • Kena strok pada tahun ke-2: dapat sekitar RM103,000 (pampasan + simpanan).

Imbangan Yang Saya Syorkan

Formula 10% + Simpanan

Contoh: gaji bersih RM5,000.

10% untuk takaful (RM500)

Perlindungan jangka panjang: medical card, ganti pendapatan dan hibah. Baca formula 10%.

Simpanan berasingan

Mulakan dengan dana kecemasan 3 hingga 6 bulan perbelanjaan, kemudian simpanan untuk matlamat. Jumlahnya ikut kemampuan anda. Tabung mana patut diisi dulu?

Mitos dan Fakta

Mitos "Takaful rugi kalau tak claim."

Fakta Rumah anda pernah terbakar? Mungkin tak. Tapi anda tetap lindungi rumah, kan? Konsepnya sama. Kita bayar untuk ketenangan, bukan berharap nak claim. Alhamdulillah kalau sihat sampai tua.

Mitos "Simpanan lagi baik, duit sendiri."

Fakta Betul, duit sendiri. Tapi bila diuji besar seperti strok atau kanser dan gaji terhenti, simpanan boleh susut dengan sangat cepat. Takaful memberi jumlah besar sekali gus tepat bila diperlukan.

Mitos "Muda lagi, nanti la buat."

Fakta Caruman lebih rendah bila mula muda dan sihat, dan penyakit kritikal tak memilih umur. Baca kenapa perlu mula awal.

Mitos "Takaful susah nak claim."

Fakta Kalau dokumen lengkap dan ikut terma, tuntutan berjalan lancar. Masalah biasanya timbul bila peserta tak faham apa yang dilindungi. Sebab itu penting dapat perunding yang terangkan dengan jujur dari awal.

Kesimpulan

Simpanan dan takaful bukan musuh. Kedua-duanya menjaga anda dari sudut yang berbeza.

Simpanan: untuk hari-hari biasa dan impian.
Takaful: untuk bila diuji dengan kematian, penyakit atau hilang upaya.

"Simpanan melindungi impian. Takaful melindungi simpanan."

Dr. Takaful · Engineered for Legacy

Baca seterusnya

Dr. Takaful Hana

Dr. Hana

PhD Engineering

Menggunakan pendekatan data & analisis risiko untuk membantu keluarga membina struktur kewangan yang tahan lasak. Misi Hana: 0% Harta Beku, 100% Ketenangan.

Sedia Untuk Bina 'Financial Fortress'?

Jangan biarkan simpanan anda hangus begitu saja. Jom kita bincang macam mana nak seimbangkan perlindungan dan simpanan anda hari ini.