Home / Blog / Perancangan

Umur 50+ Masih Boleh Ambil Takaful?

Jawapannya: YA, tapi ada syaratnya. Jangan putus asa dulu, kualiti hidup anda masih boleh dilindungi.

Dikemaskini Bacaan 4 minit

Ringkasan

"Dah tua ni, ada ke syarikat nak terima?"

Ramai yang tersedar kepentingan takaful bila umur dah menjangkau 50-an. Mungkin sebab kawan-kawan mula sakit, atau baru selesai komitmen besarkan anak-anak. Tapi timbul kerisauan: "Mahal tak?", "Boleh lulus ke?".

Berita baiknya: Masih belum terlambat. Had umur masuk berbeza ikut pelan, jadi semak dulu pelan mana yang masih terbuka untuk umur anda.

Masih Ragu Sama Ada Boleh Lulus?

Tak perlu teka. WhatsApp Hana terus untuk semak sama ada anda masih layak, dan pilihan yang sesuai untuk umur anda.

3 Cabaran Utama Ambil Takaful Usia Emas

1. Harga Caruman Lebih Tinggi

Caruman untuk umur 50 tahun boleh jadi 2 hingga 3 kali ganda lebih mahal berbanding umur 30 tahun, kerana risiko kesihatan lebih tinggi.

2. Pemeriksaan Kesihatan ('Medical Check-up')

Untuk perlindungan yang tinggi, syarikat mungkin minta pemeriksaan kesihatan. Jika ada penyakit sedia ada (kencing manis, darah tinggi), permohonan mungkin ditolak atau dikenakan caj tambahan ('loading').

3. 'Exclusion' Penyakit Sedia Ada

Jika anda sudah ada penyakit, penyakit itu biasanya tidak dilindungi. Takaful akan melindungi penyakit baru yang belum wujud semasa anda memohon.

Memahami Proses 'Underwriting'

Bila anda memohon pada usia 50-an, syarikat akan buat semakan risiko yang lebih teliti. Ini dipanggil 'Medical Underwriting'. Biasanya anda akan terima salah satu daripada 3 keputusan ini:

Standard

Anda sihat, berat badan ideal, dan diluluskan dengan caruman biasa tanpa syarat tambahan.

Loading

Anda ada risiko (contoh: perokok atau obesiti). Permohonan lulus tapi caruman lebih tinggi (contoh: tambahan 25%).

Exclusion

Permohonan lulus, tapi penyakit sedia ada (contoh: masalah lutut) tidak dilindungi.

Analisis Kos vs Manfaat: Berbaloi ke?

Mungkin anda rasa RM300 hingga RM400 sebulan itu mahal. Cuba kira secara mudah.

Kos pembedahan pintasan jantung ('bypass') di hospital swasta boleh mencecah RM60,000 hingga RM80,000. Jika anda mencarum RM400 sebulan selama 10 tahun, jumlahnya RM48,000. Maknanya, satu kali masuk hospital untuk rawatan besar sudah boleh melebihi semua caruman anda. Takaful bukan tentang berapa anda bayar, tapi tentang berapa besar risiko yang anda pindahkan.

Haji Ahmad, 58 Tahun

Haji Ahmad baru terfikir nak ambil medical card selepas pencen. Dia ada sejarah darah tinggi yang terkawal. Permohonannya diluluskan dengan 'loading' 20% dan 'exclusion' untuk komplikasi jantung berkaitan darah tinggi.

Dua tahun kemudian, dia terlibat dalam kemalangan jalan raya dan perlu pembedahan tulang pinggul sekitar RM45,000. Sebab ia tiada kaitan dengan penyakit sedia ada, bil itu ditanggung medical card mengikut had pelan. Haji Ahmad boleh fokus untuk pulih tanpa usik simpanan KWSP.

Situasi ilustrasi, bukan kisah klien sebenar.

Persiapan Sebelum Memohon

Hana nasihatkan warga emas yang ingin memohon lakukan perkara ini:

Strategi Terbaik Untuk Warga Emas

Jadi, apa yang patut anda buat? Jangan ambil semua jenis perlindungan. Fokus pada yang kritikal sahaja.

Fokus 1: Medical Card (Penting!)

Kos rawatan warga emas sangat tinggi. Jika bajet terhad, utamakan medical card. Pertimbangkan pilihan 'deductible' (anda bayar sendiri jumlah tertentu dulu, contohnya RM300 atau RM500) untuk rendahkan caruman bulanan. Penjimatannya bergantung pada pelan.

Fokus 2: Hibah (Untuk Tunai Segera)

Jika tujuan anda nak tinggalkan duit belanja untuk pasangan (yang mungkin tidak bekerja), hibah jumlah kecil (RM50k hingga RM100k) sudah memadai sebagai permulaan. Tak perlu ambil berjuta jika caruman terlalu tinggi.

Kalau Sudah Ada Penyakit: Pilihan Yang Masih Terbuka

A-Life Pelindung (takaful kemalangan) ialah pelan 'Guaranteed Issuance Offer' (GIO). Maksudnya:

  • Tiada soalan kesihatan semasa memohon.
  • Penghidap kencing manis atau darah tinggi masih boleh diterima.
  • Perlindungan sehingga umur 85, untuk kematian, hilang upaya kekal dan koma akibat kemalangan.
  • Perlindungan naik 20% setiap 2 tahun sehingga dua kali ganda, tanpa tambahan caruman.

Ia hanya melindungi kemalangan, bukan penyakit. Tapi untuk ibu bapa yang sudah sukar diterima pelan lain, ia antara perlindungan yang paling mudah didapati. Baca panduan PA →

Sudah Ada Pelan Yang Tamat Umur 60?

Sesetengah pelan hibah, contohnya A-Life Sejuta Makna, ada 'Conversion Privilege'. Dalam tempoh 5 tahun sebelum pelan matang, dan sebelum umur 66, anda boleh tukar ke pelan wafat dan HUMK yang lain tanpa 'underwriting' perubatan. Bagi yang kesihatannya sudah berubah, ini cara untuk kekalkan perlindungan selepas umur 60. Semak tarikh tamat pelan anda sebelum terlepas.

Jangan Tunggu Sampai Sakit

Selagi anda masih sihat hari ini, peluang masih ada. Jangan biarkan usia menghalang anda daripada dapat perlindungan.

Dr. Hana

Dr. Hana

PhD Engineering

Menggunakan pendekatan data & analisis risiko untuk membantu keluarga membina struktur kewangan yang tahan lasak. Misi Hana: 0% Harta Beku, 100% Ketenangan.

Penafian: Maklumat dalam artikel ini untuk tujuan pendidikan am. Penerimaan permohonan tertakluk kepada 'underwriting' syarikat. Sila rujuk ejen untuk maklumat lanjut.