Home / Blog / Medical Card

Contoh Situasi:
Realiti Bil Hospital Tanpa Medical Card.

Tiga contoh untuk tunjuk berapa kos rawatan di hospital swasta boleh jadi, dan apa bezanya bila ada medical card.

Dikemaskini Bacaan 5 minit

Ringkasan

"Saya Ingat Takkan Jadi Pada Saya..."

Ayat ini selalu kita dengar sebelum krisis kewangan bermula. Dalam artikel ini, saya kongsikan tiga contoh situasi berdasarkan jenis kes yang biasa berlaku.

Nama dan angka dalam contoh ini adalah ilustrasi. Bil sebenar berbeza ikut hospital, doktor dan keadaan pesakit.

Rasa Ini Boleh Jadi Pada Anda?

Tak perlu baca semua contoh dulu. Kalau nak terus semak sama ada medical card anda cukup untuk elak situasi macam ini, WhatsApp saya terus.

Contoh 1: Encik Azman, 34 Tahun, Denggi

Encik Azman, 34 tahun ('IT Executive')

Encik Azman demam panas berlarutan. Dia ke hospital swasta, ujian darah mengesahkan denggi dan bacaan platelet rendah, jadi doktor masukkan dia ke wad selama 4 hari untuk pemantauan dan drip.

Anggaran Bil (4 Hari): RM 8,000
Bilik dan rawatan wad RM 2,500
Ujian darah berulang RM 1,800
Drip, ubat dan rawatan RM 2,200
Yuran doktor pakar RM 1,500

Dengan Medical Card

Hospital panel minta 'Guarantee Letter' (GL). Anda cuma bayar bahagian yang tidak dilindungi, contohnya 'deductible' kalau pelan anda ada.

Tanpa Medical Card

Bayar RM8,000 sendiri. Bagi ramai orang, itu lebih daripada gaji sebulan.

Kalau sekadar ke Kecemasan tanpa dimasukkan ke wad, kebanyakan medical card tidak bayar kecuali untuk kemalangan. Tak semua permohonan GL juga lulus, baca sebabnya di sini.

Contoh 2: Puan Siti, 28 Tahun, Pembedahan Appendix

Puan Siti, 28 tahun (Guru)

Pilihan A: Hospital Kerajaan

  • Masa menunggu di Kecemasan boleh panjang.
  • Wad dikongsi dengan pesakit lain.
  • Waktu melawat terhad, kurang privasi.
  • Kos rendah kerana bersubsidi.

Pilihan B: Hospital Swasta

  • Proses masuk wad biasanya lebih cepat.
  • Bilik sendiri, ikut had bilik dalam pelan.
  • Keluarga lebih mudah menemani.
  • Anggaran kos: RM10,000 hingga RM15,000, dibayar oleh medical card jika dilindungi.

Kedua-dua hospital merawat penyakit yang sama. Bezanya, medical card beri anda pilihan. Tanpanya, pilihan swasta datang dengan bil RM10,000 ke atas.

Contoh 3: Rawatan Kanser, Bila Had Rendah Tak Cukup

Puan Alia, 45 tahun (kanser tahap 4)

Ubat kanser moden seperti 'immunotherapy' boleh menelan puluhan ribu ringgit bagi setiap pusingan, dan rawatan selalunya perlukan beberapa pusingan dalam setahun.

Anggaran Kos Setahun

Satu pusingan RM 30,000
8 pusingan setahun RM 240,000

Had tahunan RM100,000

Had habis

Had habis dalam pusingan ke-4. Baki RM140,000 perlu dicari sendiri.

Had tahunan RM1.5 juta

Rawatan diteruskan

Rawatan boleh diteruskan tanpa risau tentang had.

Ramai sangka rawatan di hospital kerajaan semuanya percuma. Hakikatnya, sesetengah ubat kanser moden tidak disediakan secara percuma dan pesakit perlu beli sendiri. Di sinilah had tahunan medical card memainkan peranan besar.

Kenapa Ramai Orang Terpaksa Minta Derma?

1. "Company dah cover"

Had medical syarikat selalunya jauh lebih rendah daripada pelan peribadi, dan tamat bila anda berhenti kerja atau bersara. Baca lanjut.

2. "Muda lagi, sakit orang tua"

Denggi dan kemalangan tak kenal usia. Medical card paling mudah diambil masa sihat.

3. "Caruman mahal"

Anggaran RM150 hingga RM200 sebulan untuk orang muda, berbanding bil puluhan ribu ringgit bila sakit teruk.

Berapa Sebenarnya Kos Rawatan Di Hospital Swasta?

Anggaran kasar sahaja. Bil sebenar berbeza ikut hospital, bandar dan keadaan pesakit.

Jenis Rawatan Anggaran Kos
Demam denggi (masuk wad 4 hingga 5 hari) RM 5k hingga 12k
Pembedahan appendix RM 10k hingga 15k
Pembedahan pintasan jantung ('bypass') RM 80k hingga 150k
Rawatan kanser (setahun) RM 100k hingga 300k
Inflasi kos perubatan Lebih 10% setahun (anggaran industri)

Jangan Jadi Statistik Seterusnya

Lindungi Diri dan Keluarga Anda Sekarang

Hampir setiap minggu ada kempen derma di media sosial untuk bayar bil hospital. Sedih, sebab sebahagiannya boleh dielakkan kalau ada medical card yang sesuai.

Medical card bukan untuk orang kaya. Ia untuk orang yang faham bahawa caruman bulanan yang kecil lebih mudah ditanggung daripada bil puluhan ribu ringgit sekali gus.

Jangan tunggu sampai terlambat. Ambil medical card semasa anda masih sihat.

Langkah Seterusnya

1

Semak perlindungan anda sekarang: ada medical card? Berapa hadnya? Cukup ke?

2

Dapatkan sebut harga percuma: tak perlu komit, sekadar nak tahu kos sebenar.

3

Buat keputusan: lindungi keluarga sebelum terlambat.

Dr. Takaful Hana

Dr. Hana

PhD Engineering

Menggunakan pendekatan data & analisis risiko untuk membantu keluarga membina struktur kewangan yang tahan lasak. Misi Hana: 0% Harta Beku, 100% Ketenangan.

Jangan Jadi Kisah Sedih Yang Seterusnya

Jom saya bantu anda cari pelan medical card takaful yang terbaik, sesuai dengan bajet dan keperluan anda. Dapatkan sebut harga percuma tanpa sebarang komitmen.

Konsultasi Percuma | Perbandingan Pelan | Tiada Paksaan