Penyakit Kritikal vs HUMK: Apa Bezanya?
Kenapa perlindungan anda mungkin tak selengkap yang anda sangka. Fahami bila setiap satu boleh dituntut, supaya pendapatan anda betul-betul dilindungi.
Ringkasan
- CI bayar bila anda didiagnos penyakit dalam senarai pelan, walaupun masih boleh bekerja.
- HUMK (TPD) bayar bila anda disahkan tidak boleh bekerja lagi secara kekal, akibat penyakit atau kemalangan.
- Satu musibah boleh layak untuk satu, kedua-dua, atau tiada langsung. Sebab itu kedua-duanya saling melengkapi.
"Kalau saya lumpuh, boleh claim Penyakit Kritikal kan?"
Ini soalan yang sangat kerap saya dapat. Jawapan ringkasnya: Belum tentu.
Penyakit Kritikal (CI) dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK atau TPD) ialah dua perlindungan yang berbeza, dengan syarat tuntutan yang berbeza. Jom kita fahamkan.
Tak Pasti Pelan Anda Lindungi Kedua-duanya?
Tak perlu baca semua dulu. Kalau nak terus semak sama ada CI dan HUMK/TPD anda mencukupi, WhatsApp saya terus.
WhatsApp Terus Dengan HanaDefinisi Asas: Apa Itu CI dan HUMK?
Penyakit Kritikal (CI)
Bila Boleh Tuntut
Anda didiagnos dengan salah satu penyakit yang tersenarai dalam pelan. Senarai asas biasanya 36 penyakit, dan sesetengah pelan cover lebih banyak, termasuk peringkat awal (contohnya A-Life Kritikal Flex dengan Kritikal Early, sehingga 180 penyakit).
Contoh: kanser, serangan jantung, strok, kegagalan buah pinggang.
HUMK / TPD
Bila Boleh Tuntut
Anda disahkan tidak lagi mampu bekerja dalam mana-mana pekerjaan akibat penyakit atau kemalangan.
Contoh: lumpuh dari pinggang ke bawah, buta kedua-dua mata, hilang kedua-dua tangan. HUMK biasanya datang bersama pelan hayat atau hibah, contohnya manfaat 'Wafat/TPD'.
Perbezaan Utama:
CI fokus pada DIAGNOSIS PENYAKIT.
HUMK fokus pada KETIDAKUPAYAAN UNTUK BEKERJA.
Jadual Perbandingan Terperinci
| Ciri | Penyakit Kritikal (CI) | HUMK / TPD |
|---|---|---|
| Syarat Tuntutan | Diagnosis salah satu penyakit dalam senarai pelan. | Disahkan hilang upaya bekerja secara kekal (biasanya selepas 6 bulan). |
| Skop Perlindungan | Spesifik kepada senarai penyakit sahaja. | Mana-mana keadaan (penyakit atau kemalangan) yang menyebabkan hilang upaya. |
| Contoh Boleh Claim | Kanser tahap awal, jika pelan cover peringkat awal (masih boleh kerja). | Kecederaan tulang belakang (bukan CI) yang disahkan menyebabkan anda tak boleh bekerja lagi. |
| Contoh Tak Boleh Claim | Lumpuh sebelah tangan sahaja akibat kemalangan (bukan dalam senarai CI). | Kanser tahap awal (sebab masih boleh bekerja). |
| Tujuan Pampasan | Tampung kos yang medical card tak cover, dan ganti pendapatan semasa rawatan dan pemulihan. | Menggantikan pendapatan untuk sepanjang hayat kerana tidak boleh bekerja lagi. |
| Analogi | 'Duit kejutan' bila dapat berita buruk. | 'Gaji pencen' bila terpaksa bersara awal. |
Contoh Situasi: Bila CI dan HUMK Berguna?
Contoh di bawah ialah situasi ilustrasi, bukan kisah klien sebenar. Keputusan tuntutan sebenar bergantung pada definisi dalam pelan anda.
Ali Kena Kanser Tahap Awal
Ali, 35, didiagnos kanser usus tahap 1. Pelan CI-nya cover peringkat awal.
Tuntutan CI Lulus
Ali dapat pampasan RM100,000 daripada pelan CI. Dia guna duit ini untuk ambil cuti tanpa gaji selama 6 bulan, bayar kos yang medical card tak cover, dan ubah gaya hidup. Selepas pulih, dia kembali bekerja.
Tuntutan HUMK Ditolak
Tuntutan HUMK ditolak kerana Ali dijangka boleh bekerja semula selepas rawatan. Dia tidak 'hilang upaya menyeluruh dan kekal'.
Bakar Cedera Tulang Belakang
Bakar, 40, juruteknik, kemalangan motosikal. Tulang belakangnya cedera teruk. Dia masih boleh berjalan, tapi sakit kronik menyebabkan dia tak boleh bekerja lagi.
Tuntutan CI Ditolak:
Tuntutan CI ditolak kerana kecederaan tulang belakang dan sakit kronik tidak termasuk dalam senarai penyakit kritikal.
Tuntutan HUMK Lulus
Selepas 6 bulan, doktor mengesahkan Bakar tidak lagi boleh bekerja. Tuntutan HUMK RM500,000 diluluskan untuk menampung hidupnya dan keluarga.
Chandran Kena Strok Teruk
Chandran, 50, diserang strok yang menyebabkan separuh badannya lumpuh.
Tuntutan CI Lulus
Strok ialah salah satu penyakit kritikal. Selepas kesan strok disahkan berpanjangan mengikut definisi pelan, tuntutan CI RM150,000 diluluskan untuk kos awal dan fisioterapi.
Tuntutan HUMK Juga Lulus
Selepas 6 bulan, keadaan Chandran tidak pulih dan dia disahkan tidak boleh bekerja lagi. Tuntutan HUMK RM300,000 juga diluluskan. Dia dapat pampasan daripada kedua-dua perlindungan.
Jadi, Kalau Lumpuh Boleh Tuntut CI?
Kadang-kadang boleh. Kelumpuhan kekal pada dua anggota atau lebih ('Paralysis of Limbs') biasanya tersenarai sebagai penyakit kritikal, walaupun puncanya kemalangan. Lumpuh sebelah tangan sahaja biasanya tidak layak. Semak definisi dalam pelan anda.
Kesimpulan: Kenapa Anda Perlukan Kedua-duanya?
CI + HUMK = Perlindungan Pendapatan Sebenar
Pelan CI untuk:
- ✓ Kejutan kewangan bila didiagnos.
- ✓ Kos yang medical card tak cover (ubat tambahan, pengangkutan, makanan khas).
- ✓ Memberi pilihan untuk berhenti kerja sementara bagi fokus pada pemulihan.
Pelan HUMK untuk:
- ✓ Tragedi yang menyebabkan anda tidak boleh bekerja selama-lamanya.
- ✓ 'Gaji' jangka panjang untuk keluarga.
- ✓ Selesaikan hutang besar.
Kedua-duanya tidak menggantikan satu sama lain, tapi saling melengkapi sebagai jaring keselamatan kewangan.
Soalan Untuk Anda Renungkan:
"Jika doktor sahkan anda ada kanser esok tapi anda masih boleh bekerja, adakah anda ada dana RM100,000 untuk
kos rawatan dan ketenangan fikiran?"
"Jika kemalangan menyebabkan anda lumpuh dan tak boleh bekerja lagi, adakah anda ada dana RM500,000 untuk sara
keluarga sepanjang hayat?"
Jika jawapan anda 'tidak', anda perlukan kedua-dua perlindungan ini.
Dr. Hana
PhD EngineeringMenggunakan pendekatan data & analisis risiko untuk membantu keluarga membina struktur kewangan yang tahan lasak. Misi Hana: 0% Harta Beku, 100% Ketenangan.
Masih Keliru Atau Nak Semak Pelan Anda?
Jom saya bantu semak pelan sedia ada anda secara percuma. Adakah anda sudah ada kedua-dua perlindungan CI dan HUMK? Adakah jumlahnya mencukupi?
Semak Pelan Saya Secara PercumaKonsultasi Percuma | Analisis Polisi | Tiada Paksaan