Kenapa Tunggu Stage Lanjut? Pelan CI Yang Bayar Dari Peringkat Awal
Kebanyakan pelan penyakit kritikal hanya bayar bila keadaan sudah teruk. Fahami pelan CI Flex, yang boleh bayar dari saat diagnosis peringkat awal lagi (dengan modul tambahan), dengan liputan sehingga 180 penyakit kritikal.
CI Flex
Liputan
Sehingga 180 Penyakit Kritikal
"Tunggu Doktor Sahkan Stage 3 Baru Boleh Claim" — Itu Pemikiran Circa 2015
"Sistem keselamatan yang baik tidak tunggu kegagalan penuh baru bertindak, ia perlu ambil kira berdasarkan data 'early warning', bukan sekadar 'failure point'. Perancangan CI anda perlu dibuat dengan logik yang sama."
– Dr. Hana, PhD Eng.
Ramai andaikan penyakit kritikal (CI) itu satu peristiwa tunggal, sedangkan realitinya kebanyakan penyakit seperti kanser dan strok mempunyai peringkat awal dan pertengahan yang boleh dikesan lebih dahulu. Masalahnya, pelan CI standard kebanyakannya hanya bayar bila diagnosis sudah pada peringkat lanjut — bermakna anda menanggung kos rawatan awal sendiri, pada masa yang paling anda perlukan bantuan kewangan.
Pelan CI Standard
Bayar Peringkat Lanjut Sahaja
Liputan sekitar 45–75 penyakit kritikal. Tuntutan hanya sah bila diagnosis disahkan pada peringkat teruk. Peringkat awal dan pertengahan, tiada pampasan.
❌ Tunggu Sampai Teruk
CI Flex
Bayar Dari Peringkat Awal
Tambah modul Peringkat Awal, dan liputan diperluas sehingga 180 penyakit kritikal merentasi tiga peringkat keterukan, semua tu dalam satu pelan 'CI Flex' ini.
✅ Bertindak Lebih Awal
Apa Itu Pelan CI Flex?
Pelan CI Flex adalah pelan penyakit kritikal yang boleh direka untuk bertindak seawal mungkin, bukan tunggu keadaan bertambah teruk. Pelan asas sahaja melindungi 75 penyakit kritikal peringkat lanjut. Tambah modul Peringkat Awal, dan pampasan turut boleh dipercepatkan pada peringkat awal atau pertengahan — supaya bantuan kewangan sampai pada masa yang paling anda perlukan.
Pelan Asas
75 Penyakit Kritikal
+
Modul Peringkat Awal
CI Flex
180 Penyakit, 3 Peringkat Keterukan
3 Peringkat: Awal, Pertengahan, Lanjut
Penting untuk faham struktur sebenar: pelan asas sahaja hanya bayar pada peringkat lanjut (75 penyakit kritikal, sama seperti kebanyakan pelan CI standard di pasaran). Untuk dapatkan pampasan di peringkat awal dan pertengahan, anda perlu tambah modul Peringkat Awal — barulah liputan diperluas merentasi ketiga-tiga peringkat.
| Peringkat | Dilindungi Bila | Bagaimana Pampasan Berfungsi |
|---|---|---|
| 1. Peringkat Awal | Dengan modul Peringkat Awal (65 keadaan) | Pampasan dipercepatkan — amaun ditolak daripada baki perlindungan pelan asas |
| 2. Peringkat Pertengahan | Dengan modul Peringkat Awal (40 keadaan) | Pampasan dipercepatkan — amaun ditolak daripada baki perlindungan pelan asas |
| 3. Peringkat Lanjut | Pelan asas (75 keadaan) — tiada modul diperlukan | Pampasan penuh 100% SC + nilai akaun ✓ |
Nota Dr. Hana:
Penting: pampasan peringkat awal/pertengahan bukan bonus tambahan di atas jumlah penuh — ia mempercepatkan akses kepada sebahagian perlindungan pelan asas, dan mengurangkan baki yang tinggal untuk tuntutan peringkat lanjut kelak. Contohnya, pelan asas RM200,000 dengan modul RM100,000: tuntutan peringkat awal bayar RM100,000 dahulu, baki pelan asas tinggal RM100,000 untuk tuntutan seterusnya.
Manfaat Tambahan Dalam Satu Pelan
Selain liputan pelbagai peringkat, pelan ini turut menawarkan beberapa manfaat sokongan yang direka untuk keperluan sebenar semasa dan selepas rawatan:
VYCB (Vitality Yearly Cash Bonus)
Pulangan tunai tahunan sehingga 15% caruman (status Platinum) atau 7.5% (status Gold), berdasarkan status Vitality anda.
Recover-i + PMCM (Pilihan)
Sokongan tambahan semasa kemasukan wad/ICU, ditambah pengurusan kes perubatan peribadi untuk pendapat pakar kedua.
Caregiver Benefit
RM3,000 tambahan untuk penjaga, tersedia bagi Sum Cover RM100,000 ke atas.
Rider Infaq (Pilihan)
Pilihan tambahan untuk menyalurkan sebahagian manfaat kepada tujuan kebajikan, mengikut keperluan pemegang polisi.
Dua Pilihan Struktur Caruman
Perlindungan tetap sama (Tiada Kenaikan Sum Cover automatik), tetapi anda boleh pilih bagaimana caruman anda distruktur sepanjang tempoh pelan:
| Pilihan | Cara Berfungsi | Sesuai Untuk |
|---|---|---|
| Level Contribution | Caruman tetap sepanjang tempoh pelan | Bajet yang mudah diramal jangka panjang |
| Yearly Increasing | Caruman bermula rendah, meningkat setiap tahun | Bajet terhad di peringkat awal kerjaya |
Umur Matang: 60, 70, atau 80 Tahun
Anda boleh pilih umur matang mengikut perancangan kewangan anda. Pada tarikh matang, nilai akaun dalam Dana Akaun Peserta (DAP) akan dibayar. Ciri istimewa: pelan ini boleh auto-lanjut ke umur 80 sekiranya nilai akaun mencukupi untuk meneruskan perlindungan tanpa caruman tambahan — bermakna perlindungan CI anda tidak semestinya tamat di umur 60.
Umur 60
Caruman lebih rendah, tempoh perlindungan lebih pendek.
Umur 70
Keseimbangan antara caruman dan tempoh perlindungan.
Umur 80 (Auto-Lanjut)
Perlindungan CI berterusan hingga usia emas, tertakluk nilai akaun mencukupi.
Contoh Caruman: Umur 30, Sum Cover RM200,000
Profil Contoh
Profil
Umur 30 tahun
Sum Cover RM200,000
Dengan Modul Peringkat Awal + Recover-i
Anggaran Caruman
RM4,405
setahun
*Anggaran sahaja, tertakluk kepada penilaian kesihatan dan pilihan struktur caruman.
Checklist Dr. Hana: Adakah CI Flex Sesuai Untuk Anda?
- 1 Anda mahu pampasan bermula dari peringkat awal, bukan tunggu peringkat lanjut?
- 2 Anda mahu liputan lebih luas — sehingga 180 penyakit kritikal?
- 3 Anda ada penjaga (caregiver) yang mungkin perlu bantuan kewangan tambahan?
- 4 Anda mahu fleksibiliti pilih umur matang 60, 70, atau 80?
- 5 Anda mahu pilih antara caruman tetap atau caruman meningkat mengikut bajet semasa?
Dr. Hana
PhD EngineeringMenganalisis sistem perlindungan keluarga dengan ketepatan kejuruteraan. Dr. Hana membantu anda mengurus risiko kewangan secara data-driven, supaya legasi anda tidak pernah beku.
Nak Tahu Sum Cover Yang Sesuai Untuk Anda?
Umur matang 60, 70, atau 80? Caruman tetap atau meningkat? Biar Dr. Hana buatkan "Engineering Audit" berdasarkan profil kesihatan dan bajet anda.
Mulakan Analisis Percuma 💬