Home / Blog / Medical Card

Tempoh Menunggu Medical Card: Kenapa Claim Saya Kena Tolak?

"Baru je lulus sebulan, kenapa tak boleh claim lagi?" Jom fahamkan tempoh menunggu ('waiting period') dengan jelas.

Dikemaskini Bacaan 6 minit

Ringkasan

Situasi Paling Mengecewakan

Bayangkan: permohonan medical card anda baru lulus. Sebulan kemudian, anda sakit perut dan doktor sahkan ada batu karang yang perlu dibedah segera. Anda yakin tunjuk medical card di hospital, tapi tuntutan ditolak.

Adakah anda ditipu? Tidak. Ini kerana tempoh menunggu.

Risau Claim Anda Kena Tolak?

Tak perlu baca semua dulu. Kalau nak terus semak tempoh menunggu pelan anda, WhatsApp saya terus.

Apa Itu Tempoh Menunggu?

Tempoh menunggu ialah tempoh selepas sijil anda berkuat kuasa di mana anda belum boleh membuat tuntutan untuk sesetengah penyakit. Ia klausa biasa dalam pelan perubatan di seluruh industri, bukan di satu syarikat sahaja.

Melindungi dana Tabarru' (dana bersama peserta) daripada tuntutan oleh orang yang menyertai takaful kerana sudah tahu mereka sakit ('adverse selection'). Ini memastikan takaful kekal adil untuk semua peserta.

Pecahan Tempoh Menunggu

Ini pecahan yang biasa dalam medical card. Tempoh dan senarai tepat ikut pelan anda, jadi sentiasa semak dokumen sijil.

Kemalangan: Hampir Serta-Merta

Kos rawatan akibat kemalangan biasanya dilindungi seawal 24 jam selepas sijil berkuat kuasa.

Contoh: jatuh motor, kemalangan jalan raya, melecur, terjatuh di rumah, atau kecederaan fizikal lain akibat faktor luaran yang tidak dijangka.

30 Hari: Penyakit Biasa

Selepas 30 hari, anda boleh menuntut kos rawatan bagi kebanyakan penyakit umum yang tiada dalam senarai penyakit tertentu.

Contoh: demam denggi, keracunan makanan, jangkitan kuman, appendix, radang paru-paru.

120 Hari: Penyakit Tertentu

Ini tempoh yang paling penting untuk difahami. Senarai penyakit tertentu hanya dilindungi selepas 120 hari dari tarikh sijil bermula.

Contoh penyakit dalam senarai ini:

  • Darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung
  • Semua jenis tumor, sista, kanser dan polip
  • Batu dalam sistem kencing atau hempedu (contohnya batu karang)
  • Masalah telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
  • Hernia, buasir, fistula, hydrocele, varicocele
  • Endometriosis dan pendarahan rahim yang tidak normal
  • Masalah tulang belakang (termasuk 'slipped disc') dan lutut

Inilah sebabnya tuntutan batu karang dalam contoh di atas ditolak. Ia berlaku dalam 120 hari pertama.

2 Tahun: Tempoh Boleh Dipertikai ('Contestable Period')

Ini bukan tempoh menunggu, tapi tempoh yang sama penting. Dalam 2 tahun pertama, syarikat takaful boleh menyiasat tuntutan anda untuk memastikan tiada penyakit sedia ada yang tidak diisytiharkan semasa permohonan.

Kalau didapati anda pernah dirawat untuk penyakit itu sebelum sijil bermula dan tidak mengisytiharkannya, tuntutan boleh ditolak dan sijil mungkin dibatalkan.

Nasihat saya: jujur sepenuhnya semasa mengisi borang permohonan. Jangan sembunyikan sejarah perubatan, walau sekecil mana pun. Baca kenapa GL boleh ditolak.

Penyakit Sedia Ada ('Pre-existing Illness')

Tempoh menunggu hanya terpakai untuk penyakit yang bermula selepas sijil anda berkuat kuasa.

Penyakit atau keadaan kesihatan yang anda sudah ada sebelum memohon dikira sebagai penyakit sedia ada.

Penyakit ini biasanya tidak dilindungi, melainkan anda mengisytiharkannya dan syarikat takaful bersetuju melindunginya, selalunya dengan caruman tambahan ('loading') atau pengecualian ('exclusion').

Kesimpulan: Kenapa Ambil Medical Card Semasa Sihat?

Tempoh menunggu inilah sebab utama anda patut dapatkan medical card seawal mungkin, semasa masih muda dan sihat.

✓ Lepasi tempoh menunggu dengan tenang: ambil semasa sihat, dan biarkan tempoh itu berlalu tanpa kebimbangan.

✓ Elak masalah penyakit sedia ada: bila anda sihat, tiada pengecualian yang perlu dirisaukan.

✓ Caruman lebih rendah: lagi muda anda mula, lagi rendah carumannya.

Jangan tunggu sakit baru cari payung. Sediakan payung sebelum hujan.

Dr. Takaful Hana

Dr. Hana

PhD Engineering

Menggunakan pendekatan data & analisis risiko untuk membantu keluarga membina struktur kewangan yang tahan lasak. Misi Hana: 0% Harta Beku, 100% Ketenangan.

Masih Keliru Tentang Tempoh Menunggu?

Jom sembang. Saya boleh terangkan dengan lebih lanjut dan bantu anda faham sepenuhnya pelan anda sebelum anda membuat sebarang keputusan.

Konsultasi Percuma | Tiada Paksaan