MediFlex vs Pelan Komprehensif: Medical Card Mana Sesuai Untuk Anda?
Ringkasan
- MediFlex ialah medical card standalone: bayar untuk perlindungan hospital sahaja.
- Pelan Komprehensif ialah pelan takaful (simpanan dan hibah) yang boleh ditambah rider medical card.
- Standalone sesuai untuk menambah perlindungan sedia ada. Pelan Komprehensif sesuai sebagai pelan pertama yang lengkap.
"Nak medical card je, boleh tak?"
Soalan ini sangat kerap saya dapat. Jawapannya: boleh. Ada dua cara untuk dapatkan perlindungan perubatan, dan penting untuk faham bezanya sebelum membuat keputusan.
Pilihan anda: medical card standalone, atau pelan keluarga dengan rider medical card.
Dua Pilihan Utama
MediFlex
Standalone
Pelan perubatan tulen. Anda bayar untuk perlindungan hospital sahaja. Tiga pilihan: Plan 180, 250 dan 350, dengan had tahunan RM180,000 hingga RM350,000 (sehingga RM1.5 juta dengan rider tambahan had) dan tiada had seumur hidup.
"Macam beli kereta: dapat kenderaan untuk bergerak dari A ke B."
Pelan Komprehensif
Pelan Keluarga + Rider
Pelan takaful dengan komponen simpanan dan hibah. Medical card boleh ditambah sebagai rider, dengan had dan bilik ikut pilihan plan.
"Macam beli rumah: tempat tinggal, keselamatan dan aset."
Dah Tahu Mana Yang Anda Perlukan?
Tak perlu baca jadual penuh dulu. Kalau nak terus tanya MediFlex atau Pelan Komprehensif yang sesuai dengan situasi anda, WhatsApp saya terus.
WhatsApp Terus Dengan HanaJadual Perbandingan Mudah
| Ciri | MediFlex | Pelan Komprehensif + Rider |
|---|---|---|
| Fokus utama | Bil hospital sahaja | Hospital + hibah + simpanan |
| Syarat pelan induk | Tiada | Perlu Pelan Komprehensif (atau pelan keluarga berkala) |
| Nilai tunai | Tiada | Ada, melalui komponen simpanan |
| Pengecualian caruman | Tiada | Boleh ditambah (rider pengecualian caruman: 44 penyakit kritikal atau HUMK) |
| Sesuai untuk | Tambahan kepada perlindungan sedia ada | Perlindungan pertama dan lengkap |
Pilihan 'Deductible' Dalam MediFlex
Satu ciri dalam MediFlex yang ramai tak tahu ialah pilihan deductible, iaitu jumlah pertama bil yang anda tanggung sendiri sebelum takaful membayar bakinya. Deductible yang lebih tinggi menjadikan caruman lebih rendah.
Pilihan Yang Ada
- RM500 setiap hilang upaya: anda bayar RM500 pertama bagi setiap penyakit atau kecederaan, takaful bayar selebihnya.
- RM20,000 setiap tahun sijil: caruman lebih rendah. Sesuai sebagai tambahan jika anda sudah ada medical card syarikat yang menanggung bil kecil. Bila mencapai umur 60, anda boleh tukar kepada deductible RM500 tanpa underwriting baharu, jika pilihan itu dibuat semasa memohon.
Contoh dalam brosur: lelaki 30 tahun, bukan perokok, Plan 250 dengan rider tambahan had (had RM1 juta) dan rider pemulihan RM50,000, deductible RM500: RM159.78 sebulan. Caruman sebenar ikut umur, pelan dan pilihan rider.
Rider Dalam Pelan Komprehensif
Dalam Pelan Komprehensif, anda boleh menambah rider untuk menjadikannya pelan yang lebih lengkap. Antaranya:
- Rider medical card: had dan bilik ikut pilihan plan.
- rider pengecualian caruman: caruman dikecualikan jika anda didiagnos salah satu 44 penyakit kritikal atau hilang upaya menyeluruh dan kekal.
Contoh Situasi: Siapa Patut Ambil Apa?
Amir, 24 · Graduan baru
Gaji RM2,800. Bajet terhad. Baru nak mula hidup.
Pilihan Sesuai
Pelan Komprehensif + rider medical card
Satu pelan untuk mula: hibah, simpanan dan medical card sekali gus, ikut bajetnya.
Puan Siti, 35 · Pengurus
Sudah ada hibah RM500,000. Syarikat beri medical card tapi hadnya rendah.
Pilihan Sesuai
MediFlex
Sebagai tambahan bila had syarikat habis, atau bila dia bertukar kerja. Deductible RM20,000 boleh menjadikan carumannya lebih rendah. Tak perlu bayar lagi untuk hibah yang sudah cukup.
Encik Zakri, 55 · Hampir bersara
Bersara 5 tahun lagi. Medical card syarikat akan tamat.
Pilihan Sesuai
MediFlex
Fokus pada medical card selepas bersara, tanpa caruman pelan keluarga yang lebih tinggi. Penerimaan pada umur ini bergantung pada had umur masuk dan pengisytiharan kesihatan, jadi semak awal.
Tiga Soalan Untuk Membuat Keputusan
Soalan 1
Adakah ini takaful pertama anda?
Soalan 2
Adakah anda sudah ada hibah yang cukup?
Soalan 3
Berapa bajet bulanan maksimum anda?
Kesimpulan
MediFlex untuk perlindungan hospital yang fokus. Pelan Komprehensif untuk perlindungan menyeluruh dalam satu pelan.
Kalau baru bermula, pilih yang lengkap. Kalau perlindungan lain sudah cukup, tambah yang perlu sahaja.
Baca seterusnya
Medical Card Lengkap: Had RM1.5 Juta Ke Atas
Had tahunan besar dan ganjaran bila tak claim. Medical card yang bukan sekadar bayar bil hospital.
SMART Option: Jimat Caruman Medical Card
Perlindungan sama, caruman lebih rendah. Syaratnya anda mula di klinik panel SMART dan dapat rujukan dulu.
Panduan Medical Card 2026: Untuk Yang Baru Nak Mula
Apa itu medical card, cara GL berfungsi, tempoh menunggu, berapa had patut ambil dan senarai semak sebelum sign.
Tempoh Menunggu Medical Card
Polisi baru lulus tapi claim ditolak? Faham tempoh menunggu 30 hari dan 120 hari.
Dr. Hana
PhD EngineeringMenggunakan pendekatan data & analisis risiko untuk membantu keluarga membina struktur kewangan yang tahan lasak. Misi Hana: 0% Harta Beku, 100% Ketenangan.
Masih Dilema?
Biar saya buatkan satu Quotation Perbandingan untuk anda secara analitikal. Tengok data kiri kanan, baru puas hati buat keputusan.
Dapatkan Sebut Harga Perbandingan Percuma