Medical Card Lengkap: Perlindungan Menyeluruh, Sihat ataupun Sakit

Medical card ini bukan sekadar bayar bil hospital. Ia juga mengkreditkan duit ke dalam Health Wallet anda setiap tahun anda tidak membuat tuntutan.

Dikemaskini Bacaan 10 minit

Ringkasan

"Medical Card RM200k Sudah Cukup"? Fikir Semula.

"Dalam kejuruteraan, margin keselamatan bukan pilihan. Ia dikira berdasarkan beban paling tinggi ('peak load'), bukan beban harian. Perancangan perubatan anda patut dibuat dengan logik yang sama."

Dr. Hana, PhD Eng.

Inflasi kos perubatan di Malaysia dianggarkan melebihi 10% setahun menurut laporan industri. Pada kadar 15% setahun, kos rawatan kanser RM80,000 hari ini menjadi lebih RM320,000 dalam 10 tahun. Had yang nampak besar hari ini mungkin tidak cukup bila anda paling memerlukannya.

Contohnya RM200k

Cukup untuk kebanyakan kemasukan wad, tapi mungkin tidak cukup untuk rawatan kanser atau rawatan panjang dalam setahun. Banyak pelan juga tiada ganjaran bila anda tidak membuat tuntutan.

RM1.5 Juta hingga RM3 Juta

Had tinggi, Health Wallet yang bertambah setiap tahun tanpa tuntutan, pilihan SMART untuk caruman lebih rendah, dan sokongan kesihatan mental, semuanya dalam satu pelan.

Rasa RM200k Sudah Tak Cukup?

Tak perlu baca semua dulu. Kalau nak terus tahu had dan Health Wallet yang sesuai untuk situasi anda, WhatsApp saya terus.

Apa Itu Medical Card Lengkap?

Medical Card Lengkap (A-Plus Health360-i) ialah medical card yang menjaga anda semasa sakit dan juga semasa sihat. Bila sakit, ia bayar bil hospital. Bila sihat, ia mengkreditkan Health Wallet anda.

Health Wallet: Bertambah Bila Anda Kekal Sihat

Inilah beza paling besar Medical Card Lengkap berbanding pelan lain. Setiap tahun anda tidak membuat tuntutan ('No Claim Bonus' atau NCB), kredit dimasukkan terus ke dalam Health Wallet secara automatik.

Bagaimana Health Wallet Bertambah

NCB (Tiada Tuntutan)

Plan 200 RM1,000/tahun
Plan 300 RM2,500/tahun

Terkumpul sehingga 10 kali

Panel Bonus

Plan 200 RM500/tahun
Plan 300 RM1,000/tahun

Jika dirawat di Hospital Panel SMART

Plan 300, 10 tahun tanpa tuntutan = RM25,000 dalam Health Wallet. Jika ada tuntutan tapi dirawat di Hospital SMART, Panel Bonus RM1,000 dikreditkan untuk tahun itu.

Health Wallet boleh digunakan untuk:

Kesihatan Mental

Sehingga RM1,500 setahun untuk 6 keadaan psikiatri, termasuk kemurungan dan kebimbangan.

Penjagaan Pemulihan

Sokongan pemulihan selepas kanser, strok dan serangan jantung.

Tambahan Had

Menjadi penampan tambahan bila had tahunan hampir habis.

SMART Option: Laluan Rawatan, Caruman Lebih Rendah

SMART Option ialah laluan rawatan berstruktur yang memberi diskaun caruman sekurang-kurangnya 20%. Prinsipnya mudah: ikut rangkaian panel yang ditetapkan, dan rawatan anda diselaraskan.

Peringkat Jenis Rawatan Faedah
1. Klinik SMART Rawatan primer, GP, pemeriksaan asas Pintu masuk ke rangkaian panel
2. Pakar SMART Rujukan pakar ikut keperluan Rawatan tepat sasaran
3. Hospital SMART Kemasukan hospital jika perlu Panel Bonus dikreditkan ke Health Wallet

Dengan SMART Option, anda hanya bayar deductible RM500 setahun selagi mengikut laluan SMART. Kalau terus ke hospital tanpa rujukan Klinik dan Pakar SMART (kecuali kecemasan), anda bayar RM500 dan 20% ko-takaful, maksimum RM20,000 setahun. Sesuai untuk yang selesa dengan rangkaian panel dan mahu caruman lebih rendah.

Apa Lagi Yang Dilindungi?

Medical Card Lengkap bukan hanya untuk kemasukan wad. Ini ringkasan perlindungannya:

Rawatan Wad

Kemasukan hospital, pembedahan dan ICU, sehingga had tahunan RM1.5 juta / RM3 juta, ikut terma sijil.

Rawatan Luar Wad

Rawatan dan fisioterapi pesakit luar ditanggung seperti dicaj dalam had tahunan. Anda bayar ko-takaful 5%, maksimum RM500 setahun.

Kesihatan Mental

Sehingga RM1,500 setahun melalui Health Wallet, untuk 6 keadaan psikiatri.

Penjagaan Pemulihan

Sokongan selepas rawatan kanser, strok dan serangan jantung, melalui Health Wallet.

Evakuasi Perubatan

Sehingga USD 1 juta setiap kejadian.

Pengurusan Kes Perubatan (Teladoc)

Pendapat pakar kedua dan penyelarasan rawatan untuk kes serius.

Plan 200 vs Plan 300: Mana Yang Sesuai?

Ciri Plan 200 Plan 300
Had tahunan RM1,500,000 RM3,000,000
Had seumur hidup Tiada Tiada
Bilik dan makan RM200/malam RM300/malam
NCB RM1,000/tahun (max 10x) RM2,500/tahun (max 10x)
Panel Bonus RM500/tahun (max 10x) RM1,000/tahun (max 10x)
Penjagaan primer Tiada RM1,000 / 2 tahun (pemeriksaan, vaksin, GP)
Bonus Persaraan Sihat Tiada Sehingga RM1,000/tahun (ikut status AIA Vitality)
Komplikasi kehamilan Tiada Sehingga RM10,000 seumur hidup
Kanta intraokular Tiada Sehingga RM7,000 seumur hidup

Simulasi: 5 Tahun Tanpa Tuntutan (Plan 300)

Tahun NCB Jumlah Wallet
Tahun 1RM2,500RM2,500
Tahun 2RM2,500RM5,000
Tahun 3RM2,500RM7,500
Tahun 4RM2,500RM10,000
Tahun 5RM2,500RM12,500

NCB dikreditkan bila tiada tuntutan dalam tahun itu. Panel Bonus pula dikreditkan bila anda membuat tuntutan di Hospital Panel SMART, jadi kedua-duanya tidak berlaku dalam tahun yang sama.

AIA Vitality: Pilihan Tambahan (RM10 Sebulan)

AIA Vitality ialah program ganjaran kesihatan yang boleh ditambah pada RM10 sebulan. Dengannya, anda membuka manfaat tambahan:

Naik Taraf Bilik

Status Gold menaikkan had bilik 50%, Platinum 100%, tanpa tambah caruman.

Bonus Hospitalisasi

Manfaat tambahan semasa kemasukan hospital, ikut status Vitality anda.

Tambahan Wallet

Status lebih tinggi memberi tambahan kepada Health Wallet, dan Bonus Persaraan Sihat untuk Plan 300.

Checklist Dr. Hana: Adakah Medical Card Lengkap Sesuai Untuk Anda?

Tekan setiap soalan yang berkenaan dengan anda. Dr. Hana cadangkan pelan yang sesuai serta-merta.

Dr. Takaful Hana

Dr. Hana

PhD Engineering

Menganalisis sistem perlindungan keluarga dengan ketepatan kejuruteraan. Dr. Hana membantu anda mengurus risiko kewangan secara data-driven, supaya legasi anda tidak pernah beku.

Nak Tahu Plan Mana Yang Sesuai Untuk Anda?

Plan 200 atau Plan 300? SMART Option atau tanpa? Dengan atau tanpa AIA Vitality? Biar Dr. Hana buatkan "Engineering Audit" berdasarkan profil kesihatan dan bajet anda.

Health Wallet Had RM1.5 hingga RM3 Juta Kesihatan Mental