Panduan Lengkap Hibah Takaful:
Membina 'Liquidity Bridge' Untuk Waris Anda.
Kenapa harta bernilai puluhan bilion ringgit masih beku di Malaysia, dan bagaimana hibah takaful pastikan keluarga ada tunai bila mereka paling perlukannya.
Ringkasan
- Bila seseorang meninggal dunia, hartanya dibekukan sehingga waris dapat surat kuasa, dan ini boleh ambil masa bertahun-tahun.
- Pampasan hibah takaful dibayar terus kepada penerima yang anda namakan, tanpa tunggu faraid atau surat kuasa.
- Hibah tidak menggantikan faraid. Ia memastikan keluarga ada tunai sementara harta lain diuruskan.
Dalam kejuruteraan, ada konsep 'fail-safe': kalau satu komponen gagal, sistem tidak runtuh sepenuhnya.
Ramai ketua keluarga membina kewangan tanpa 'fail-safe'. Mereka kumpul aset seperti rumah, tanah dan kereta, tapi lupa tentang kecairan tunai ('liquidity'), iaitu duit yang boleh digunakan serta-merta.
Akibatnya, harta pusaka orang Islam di Malaysia yang masih beku atau belum dituntut dianggarkan bernilai puluhan bilion ringgit. Angka yang dilaporkan media antara RM65 bilion hingga RM90 bilion, bergantung pada sumber dan tahun. Salah satu sebabnya, waris tiada tunai dan tiada panduan untuk uruskan tuntutan. Baca tentang harta beku.
Tak ada rumah, tanah atau bisnes besar? Anda 'content creator', 'affiliate marketer' atau 'gig worker' yang bergantung pada pendapatan bulanan? Masalah anda sedikit berbeza: bukan harta beku, tapi pendapatan yang terhenti tiba-tiba tanpa notis.
Baca Panduan Hibah Untuk Content Creator & Gig Worker Di Sini →Nak Semak Struktur Hibah Anda?
Tak perlu baca semua dulu. Kalau nak terus tanya macam mana bina 'Liquidity Bridge' untuk keluarga anda, WhatsApp saya terus.
WhatsApp Terus Dengan HanaKematian Tak Kenal Masa
Ramai anggap kematian itu "lambat lagi". Tapi penyakit dan kemalangan boleh datang tanpa amaran.
Penyakit
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, sakit jantung iskemik, radang paru-paru ('pneumonia') dan strok sentiasa antara punca kematian utama di Malaysia. Sebahagiannya datang tanpa tanda awal yang jelas.
Kemalangan Jalan Raya
Data PDRM merekodkan lebih 500,000 kemalangan dan lebih 6,000 kematian di jalan raya setiap tahun, iaitu purata belasan nyawa setiap hari.
"Keluar rumah selamat, belum tentu pulang."
Masalah Sebenar: Harta Dibekukan
Faraid adalah hukum pembahagian yang adil. Masalahnya bukan pada faraid, tapi pada prosesnya. Sebelum harta boleh dibahagikan, waris perlu dapatkan surat kuasa daripada mahkamah, Amanah Raya atau pejabat tanah. Sementara itu, harta dibekukan.
Bayangkan Begini
Paip air utama rumah pecah (kematian). Anda ada tangki simpanan yang penuh (rumah, tanah, simpanan), tapi
injapnya berkunci (beku). Kunci itu hanya boleh dibuka melalui proses pusaka, yang boleh ambil masa 6 bulan
hingga bertahun-tahun.
Soalannya: bagaimana keluarga nak makan dan bayar bil sepanjang menunggu kunci itu?
Dalam Berita: Bila Tiada Hibah
Selepas ketua keluarga tiada, harta beku dan faraid mengambil masa. Dalam tempoh itu, ramai isteri dan anak-anak terpaksa bergantung pada ihsan adik-beradik atau saudara-mara.
"Selepas Kematian Suami Tak Perlu Meminta-Minta, PENTINGNYA Hibah Harta Buat Anak Isteri"
Mingguan Wanita · 15 Jun 2020
Apa yang hibah takaful ubah: pampasan dibayar terus kepada penerima yang anda namakan (contohnya isteri dan anak-anak), tanpa perlu menunggu pembahagian pusaka. Faraid tetap berjalan untuk harta lain. Hibah memastikan keluarga ada tunai sendiri, tanpa perlu meminta-minta.
Siapa Yang Patut Jadi Penerima Hibah?
Ini keputusan yang paling penting. Dalam hibah takaful, pampasan menjadi hak penerima hibah sepenuhnya dan tidak dibahagikan mengikut faraid.
- Isteri atau suami: Sebagai pengurus utama rumah tangga dan anak-anak.
- Anak: Untuk pendidikan dan sara hidup. Kalau anak masih di bawah umur, pampasan biasanya diuruskan oleh penjaga atau pemegang amanah bagi pihak mereka.
- Ibu bapa: Sebagai tanda bakti dan bantuan sara hidup di hari tua.
- Pemegang amanah ('trustee'): Kalau anak masih kecil, anda boleh lantik syarikat amanah atau individu yang dipercayai untuk uruskan dana bagi pihak mereka.
Sebenarnya anda nak sediakan dana untuk ibu atau ayah yang tinggal, bukan untuk pasangan atau anak-anak sendiri? Ada cara di mana anda dan adik-beradik boleh berkongsi caruman untuk tujuan ini.
Baca Hibah Untuk Ibu Bapa (Konsep Kongsi-Kongsi) Di Sini →Bolehkah Hibah Diubah Atau Dibatalkan?
Hidup sentiasa berubah: anak baru lahir, perceraian, atau penerima hibah meninggal dunia. Berita baiknya, selagi anda masih hidup dan sihat akal, anda boleh tukar penerima hibah atau peratusan agihan pada bila-bila masa, tanpa perlu ke mahkamah. Semak semula penamaan setiap kali ada perubahan besar dalam keluarga.
Hibah vs Wasiat vs Faraid
Ramai keliru antara tiga perkara ini. Ini perbezaannya secara ringkas:
| Ciri | Hibah Takaful | Wasiat | Faraid |
|---|---|---|---|
| Penerima | Sesiapa yang anda namakan | Bukan waris (kecuali dipersetujui waris lain), maksimum 1/3 harta | Waris yang sah mengikut hukum |
| Tempoh | Beberapa minggu selepas dokumen lengkap | Ikut proses pusaka, berbulan-bulan | 6 bulan hingga bertahun-tahun |
| Bentuk | Tunai | Harta atau aset | Harta atau aset |
| Kos guaman | Tiada untuk tuntutan hibah | Ada, ikut nilai dan jenis harta | Ada, ikut nilai dan jenis harta |
Langkah Menyediakan Hibah Takaful
Prosesnya tak serumit yang disangka. Ada 4 langkah:
- Analisis keperluan: Kira jumlah hutang, perbelanjaan keluarga dan kos pendidikan anak-anak.
- Pilih pelan: Contohnya Pelan Hibah Bertempoh untuk perlindungan tinggi dengan caruman rendah (bermula RM350,000), atau Pelan Hibah Pelaburan kalau anda mahu perlindungan sehingga umur 70 atau 80 bersama komponen pelaburan. Bandingkan kedua-duanya.
- Namakan penerima hibah: Pastikan maklumat mereka (nombor IC, hubungan) tepat.
- Maklumkan dan semak: Bila sijil diluluskan, pastikan keluarga tahu pelan ini wujud, dan semak semula setiap 2 hingga 3 tahun.
Bagaimana Hibah Jadi 'Liquidity Bridge'?
Hibah takaful tidak melalui proses pusaka. Ia seperti 'bypass valve': tunai sampai kepada keluarga tanpa perlu tunggu injap utama dibuka.
-
1
Caruman
Anda peruntukkan sebahagian kecil gaji, contohnya 5 hingga 10%, untuk perlindungan.
-
2
Kematian
Anda meninggal dunia. (Kalau anda hilang upaya kekal atau 'TPD', pampasan dibayar kepada anda sendiri.)
-
3
Pampasan Tunai
Pampasan (contohnya RM300,000 hingga RM1 juta, ikut pelan) dibayar terus kepada penerima hibah, biasanya dalam beberapa minggu selepas tuntutan dan dokumen lengkap.
Berapa Nilai 'Jambatan' Yang Anda Perlu?
Jangan agak-agak. Gaji, hutang dan komitmen setiap orang berbeza. Guna kalkulator hibah untuk dapatkan anggaran.
Kira Keperluan Hibah Saya
Dr. Hana
PhD EngineeringMenggunakan pendekatan data & analisis risiko untuk membantu keluarga membina struktur kewangan yang tahan lasak. Misi Hana: 0% Harta Beku, 100% Ketenangan.