Home / Hibah

Takde Bos, Takde KWSP.
Pendapatan Anda Nyata, Perlindungan Pun Kena Nyata.

Content creator, affiliate TikTok atau Shopee, rider e-hailing, suri rumah dengan pendapatan sampingan online: bila bekerja sendiri, anda juga kena jadi HR sendiri untuk perlindungan keluarga.

Dikemaskini Bacaan 6 minit

Ringkasan

Setiap sumber pendapatan perlu ada 'fail-safe'. Untuk pekerja bergaji, ia datang automatik. Untuk content creator, affiliate, rider e-hailing atau suri rumah yang menjana pendapatan dari TikTok dan Shopee, tiada. Anda bukan sahaja pengasas, tapi juga HR, akauntan dan pengurus risiko untuk diri sendiri.

  • ✓ KWSP: majikan mencarum setiap bulan
  • ✓ PERKESO: automatik
  • ✓ Insurans berkumpulan syarikat
  • ✗ KWSP: tiada majikan yang mencarum
  • ✗ PERKESO: perlu daftar sendiri melalui skim pekerjaan sendiri
  • ✗ Insurans berkumpulan: tiada

Rasa Ini Cerita Anda?

Tak perlu baca semua dulu. Kalau nak terus tanya hibah takaful yang sesuai dengan pendapatan tak tetap anda, WhatsApp saya terus.

Ekonomi Kreator Membesar, Perlindungan Tak Ikut Sama

Pendapatan anda sudah jadi pendapatan utama, tapi struktur kewangan masih menganggapnya 'side income'. Simpanan persaraan seperti i-Saraan KWSP bagus, dengan insentif kerajaan sehingga RM500 setahun, tapi ia untuk persaraan, bukan untuk kecemasan keluarga bila anda tiada.

Rasa artikel ini tak kena dengan anda? Mungkin anda ada rumah, tanah atau bisnes sendiri, dan lebih risau tentang harta beku bila berlaku kematian, bukan pendapatan bulanan yang terhenti.

Baca Panduan Lengkap Hibah Takaful Di Sini →

Kematian Tak Kenal Masa

Ramai anggap kematian itu "lambat lagi". Tapi penyakit dan kemalangan boleh datang tanpa amaran, sama ada anda bergaji tetap atau bekerja sendiri.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, sakit jantung iskemik, radang paru-paru ('pneumonia') dan strok sentiasa antara punca kematian utama di Malaysia.

Data PDRM merekodkan lebih 500,000 kemalangan dan lebih 6,000 kematian di jalan raya setiap tahun. Risikonya lebih tinggi untuk rider e-hailing dan penghantaran yang berada di jalan sepanjang hari.

Masalah Sebenar: Bila Pendapatan Terhenti Tiba-Tiba

Untuk content creator dan gig worker, tiada notis. Bila akaun TikTok atau Shopee senyap, pendapatan terus jadi RM0, dan tiada majikan yang akan membayar apa-apa kepada keluarga.

Keluarga anda bergantung pada air (pendapatan) yang mengalir setiap bulan dari affiliate atau kerja gig. Bila paip itu berhenti, tiada tangki simpanan besar untuk disandarkan, kerana kebanyakan pendapatan bekerja sendiri tidak disimpan secara berstruktur.

Soalannya: berapa lama keluarga anda boleh bertahan tanpa pendapatan itu?

i-Saraan vs Hibah Takaful

Bila boleh dikeluarkan? Ikut syarat pengeluaran KWSP

Untuk apa? Simpanan persaraan

Bila dibayar? Biasanya dalam beberapa minggu selepas tuntutan dan dokumen lengkap

Untuk apa? Tunai segera untuk keluarga bila anda meninggal dunia

Kalau anda hilang upaya kekal ('TPD'), pampasan biasanya dibayar kepada anda sendiri.

Hibah vs Wasiat vs Faraid

Ciri Hibah Takaful Wasiat Faraid
Penerima Sesiapa yang anda namakan Bukan waris (kecuali dipersetujui waris lain), maksimum 1/3 harta Waris yang sah mengikut hukum
Tempoh Beberapa minggu selepas dokumen lengkap Ikut proses pusaka, berbulan-bulan 6 bulan hingga bertahun-tahun
Bentuk Tunai Harta atau aset Harta atau aset

Sesuai Untuk Siapa?

Bisnes online anda sudah membesar dan kini ada rakan kongsi formal (Sdn. Bhd. atau PLT)? Hibah silang mungkin lebih sesuai untuk melindungi perkongsian anda.

Baca Hibah Untuk Rakan Kongsi Bisnes Di Sini →

Takde majikan bermaksud takde juga medical card syarikat. Kenali medical card yang anda boleh ambil sendiri, yang malah beri ganjaran bila anda sihat.

Baca Medical Card Untuk Content Creator & Gig Worker Di Sini →

Langkah Menyediakan Hibah Takaful

Prosesnya tak serumit yang disangka, walaupun pendapatan anda tidak tetap:

  1. Analisis keperluan: Kira purata pendapatan bulanan (walaupun tidak tetap), hutang dan perbelanjaan keluarga.
  2. Pilih pelan: Contohnya A-Life Sejuta Makna untuk perlindungan tinggi dengan caruman rendah, atau A-Life Legasi Beyond kalau anda mahu perlindungan lebih lama bersama komponen pelaburan. Bandingkan kedua-duanya.
  3. Namakan penerima hibah: Pastikan maklumat mereka (nombor IC, hubungan) tepat.
  4. Maklumkan dan semak: Bila sijil diluluskan, pastikan keluarga tahu pelan ini wujud, dan semak semula setiap 2 hingga 3 tahun, terutama bila pendapatan berubah.

Berapa Nilai Perlindungan Yang Anda Perlu?

Jangan agak-agak. Pendapatan, hutang dan komitmen setiap orang berbeza, walaupun tiada slip gaji. Guna kalkulator hibah untuk anggaran.

Kira Keperluan Hibah Saya
Dr. Takaful Hana

Dr. Hana

PhD Engineering

Menggunakan pendekatan data & analisis risiko untuk membantu content creator, affiliate marketer & gig worker membina struktur perlindungan yang sesuai dengan income tidak tetap. Misi Hana: 0% Keluarga Terdedah, 100% Ketenangan.