Home / Legacy Architecture

The Engineering of Legacy:
Membina 'Liquidity Bridge' Untuk Waris Anda.

Kenapa RM65 Bilion harta terkumpul di Amanah Raya? Dr. Hana bedah siasat punca kegagalan struktur kewangan keluarga Melayu.

Statistik Nasional

RM65B

Nilai Harta Beku (Frozen Assets) Milik Umat Islam di Malaysia.

Punca Utama: Waris tiada tunai (cash liquidity) untuk membayar kos guaman & pentadbiran bagi menuntut harta tersebut.

Dalam kejuruteraan struktur, kita ada konsep "Fail-Safe". Jika satu komponen gagal, sistem tidak boleh runtuh sepenuhnya.

Malangnya, majoriti ketua keluarga di Malaysia membina kewangan tanpa sistem Fail-Safe. Mereka mengumpul aset keras (Rumah, Tanah, Kereta) tetapi lupa tentang Liquidity (Kecairan Tunai).

Tak ada rumah, tanah, atau bisnes besar? Anda content creator, affiliate marketer, atau gig worker yang bergantung pada income bulanan, bukan aset keras? Masalah anda sedikit berbeza — bukan harta beku, tapi income yang terhenti tiba-tiba tanpa notis.

Baca Panduan Hibah Untuk Content Creator & Gig Worker Di Sini →

💬 Nak Semak Struktur Hibah Anda?

Tak perlu baca semua dulu — kalau nak terus tanya macam mana bina "Liquidity Bridge" untuk keluarga anda, WhatsApp saya terus.

Analisis Risiko: "Death is Random, But Certain"

Ramai beranggapan kematian itu "lambat lagi". Tetapi data PDRM & Kementerian Kesihatan menunjukkan realiti yang menakutkan tentang Volatility of Life.

❤️‍🩹

Silent Breakdown
Penyakit Kritikal

  • Sakit Jantung Iskemik 16.1%
  • Pneumonia 13.3%
  • Angin Ahmar (Stroke) 6.5%
🚦

Sudden System Failure
Kemalangan Jalan Raya

> 1,000

Kemalangan Setiap Hari

Data PDRM merekodkan purata 2 hingga 5 kematian setiap hari akibat nahas jalan raya.

"Keluar rumah selamat, belum tentu pulang bernyawa."

Masalah Struktur: The Faraid Bottleneck

Faraid adalah hukum pembahagian yang adil. Tetapi dari sudut Pentadbiran (Execution), ia mempunyai bottleneck yang ketara: Aset Beku (Asset Freezing).

Senario Kejuruteraan:

Bayangkan paip air utama pecah (Kematian). Anda ada tangki simpanan (Aset/Rumah), tetapi injapnya terkunci (Beku). Kunci itu hanya boleh dibuka melalui Mahkamah (Proces 6-12 bulan).

Soalan: Bagaimana keluarga nak minum air (Makan/Bayar Bil) sepanjang 12 bulan menunggu kunci itu?

Siapa Yang Patut Jadi Penerima Hibah?

Ini adalah keputusan yang paling kritikal. Dalam Hibah Takaful, anda melantik Penerima Mutlak (Absolute Beneficiary). Ini bermakna wang tersebut adalah hak milik beliau sepenuhnya dan tidak perlu dibahagikan mengikut Faraid.

Fokus utama anda sebenarnya nak sediakan dana untuk jaga ibu bapa yang masih hidup, bukan pasangan atau anak-anak anda sendiri? Ada struktur khas di mana anda dan adik-beradik boleh berkongsi caruman untuk tujuan ini.

Baca Hibah Untuk Ibu Bapa (Konsep Kongsi-Kongsi) Di Sini →

Bolehkah Hibah Diubah Atau Dibatalkan?

Kehidupan kita sentiasa berubah. Mungkin anda baru menimang cahaya mata baru, atau berlaku perceraian, atau kematian penama. Berita baiknya ialah Hibah Takaful sangat fleksibel.

Selagi anda masih hidup dan mempunyai kapasiti mental yang baik, anda boleh menukar penama, menambah peratusan agihan, atau menukar syarat-syarat dalam polisi anda pada bila-bila masa tanpa perlu ke mahkamah. Ini memberikan anda kawalan penuh ke atas legasi anda.

Hibah vs Wasiat vs Faraid: Di Mana Letaknya Hibah?

Ramai keliru antara tiga instrumen ini. Mari kita bedah perbezaannya secara teknikal:

Ciri Hibah Takaful Wasiat Faraid
Penerima Sesiapa sahaja (Mutlak) Bukan waris (Max 1/3 harta) Waris sah sahaja
Tempoh Proses Segera (14-30 hari) Lama (6-12 bulan) Sangat Lama (1-5 tahun)
Kecairan Tunai (Cash) Aset/Harta Aset/Harta

Langkah-Langkah Menubuhkan Hibah Takaful

Prosesnya tidak serumit yang disangka. Sebagai Legacy Engineer, Hana mudahkan proses ini kepada 4 langkah:

  1. Analisis Keperluan: Kenalpasti jumlah hutang, perbelanjaan keluarga, dan kos pendidikan anak-anak.
  2. Pemilihan Pelan: Pilih pelan seperti A-Life Legasi Beyond yang memberikan nilai pampasan tinggi dengan caruman yang efisien.
  3. Lantikan Penama: Isytiharkan siapa penerima hibah dan pastikan maklumat mereka (IC/Hubungan) adalah tepat.
  4. Pengaktifan & Review: Setelah polisi lulus, pastikan waris tahu kewujudan polisi ini dan lakukan semakan (review) setiap 2-3 tahun.

Penyelesaian Kejuruteraan: Hibah Sebagai 'Liquidity Bridge'

Hibah Takaful direka bentuk sebagai "Bypass Valve". Ia tidak melalui sistem perundangan pusaka yang rumit.

Mekanisme Wasiat / Faraid Hibah Takaful
Status Aset Beku (Frozen) Tunai Segera (Liquid)
Tempoh Cair 6 Bulan - 2 Tahun 14 - 30 Hari
Kos Guaman 3% - 5% dari nilai harta Percuma (0%)

Bagaimana 'Legacy Engineering' Berfungsi?

  1. 1

    Input (Caruman)

    Anda peruntukkan sebahagian kecil (5-10%) gaji bulanan ke dalam sistem Takaful.

  2. 2

    Trigger Event (Kematian/TPD)

    Berlaku kegagalan sistem utama (anda meninggal dunia atau lumpuh kekal).

  3. 3

    Output (Pampasan Tunai)

    Sistem melepaskan dana tunai (RM300k - RM1 Juta) terus ke akaun bank isteri/anak dalam masa 14 hari.

Berapa Nilai 'Jambatan' Anda Perlu?

Jangan agak-agak. Gaji, hutang, dan komitmen setiap orang berbeza. Gunakan algoritma kami untuk kira nilai tepat.

Kira Struktur Legasi Saya 🧮
Dr. Takaful Hana

Dr. Hana

PhD Engineering

Menggunakan pendekatan data & analisis risiko untuk membantu keluarga membina struktur kewangan yang tahan lasak. Misi Hana: 0% Harta Beku, 100% Ketenangan.