Takde Medical Card Syarikat?
Anda Kena Jadi HR Perubatan Sendiri.
Content creator, affiliate TikTok atau Shopee, rider e-hailing, pereka atau penulis bebas: bila takde bos, takde juga kad perubatan syarikat. Ini cara dapatkan medical card sendiri, yang malah beri ganjaran bila anda sihat.
Ringkasan
- Pekerja sendiri tiada medical card syarikat, jadi perlu ambil medical card sendiri.
- Medical Card Lengkap beri had tahunan RM1.5 juta atau RM3 juta, dan Health Wallet yang dikreditkan setiap tahun tanpa tuntutan.
- SMART Option menurunkan caruman sekurang-kurangnya 20%, sesuai untuk pendapatan yang tidak tetap.
Kawan anda yang kerja pejabat, sakit sikit terus guna kad panel syarikat, tak perlu keluar duit sendiri. Anda? Setiap ringgit untuk klinik, ubat atau bilik hospital perlu dibayar sendiri dahulu, atau langsung tiada perlindungan. Bezanya bukan sebab anda kurang berjaya, tapi sebab struktur pendapatan anda memang lain.
Pekerja Bergaji
- ✓ Medical card syarikat, tanpa bayar dahulu
- ✓ Insurans berkumpulan secara automatik
- ✓ Tak perlu fikir "nak cari pelan mana"
Anda (Content Creator / Gig Worker)
- ✗ Medical card syarikat: tiada
- ✗ Insurans berkumpulan: tiada
- ✗ Perlu cari dan bayar pelan sendiri
Rasa Ini Cerita Anda?
Tak perlu baca semua dulu. Kalau nak terus tanya berapa caruman medical card sendiri untuk situasi anda, WhatsApp saya terus.
WhatsApp Terus Dengan HanaPenyelesaian: Medical Card Lengkap, Yang Anda Boleh Ambil Sendiri
Tak perlu tunggu ada bos untuk dapat medical card. Medical Card Lengkap ialah medical card dengan had tahunan RM1.5 juta (Plan 200) atau RM3 juta (Plan 300), tanpa had seumur hidup. Sesuai untuk sesiapa yang tiada perlindungan perubatan syarikat, termasuk content creator, affiliate, rider e-hailing dan pekerja bebas.
Sihat Pun Dapat Ganjaran
Kebanyakan medical card hanya "berguna" bila anda sakit. Yang ini berbeza: ia jaga anda semasa sihat juga, melalui Health Wallet.
Bagaimana Health Wallet Bertambah
Bila anda tidak membuat tuntutan dalam setahun, kredit NCB ('No Claim Bonus') dimasukkan terus ke dalam Health Wallet: RM1,000 (Plan 200) atau RM2,500 (Plan 300) setahun, terkumpul sehingga 10 kali. Wallet ini boleh digunakan untuk kesihatan mental dan pemulihan selepas kanser, strok atau serangan jantung. Untuk Plan 300, ia juga boleh menampung pemeriksaan kesihatan, vaksin dan lawatan klinik GP (sehingga RM1,000 setiap 2 tahun).
Ahli AIA Vitality dapat tambahan 5% (Emas) atau 10% (Platinum) pada Health Wallet setiap tahun. Untuk Plan 300, ahli Vitality juga boleh memindahkan sehingga RM1,000 setahun dari Health Wallet ke nilai akaun mulai umur 60 (Bonus Persaraan Sihat), sokongan tambahan bila pendapatan sudah tidak tetap.
Untuk content creator dan gig worker, ini penting kerana tiada cuti sakit bergaji. Setiap ringgit yang tak perlu keluar dari poket sendiri bermakna pendapatan yang tak terjejas.
SMART Option: Caruman Lebih Rendah Untuk Pendapatan Tak Tetap
Caruman perlu konsisten walaupun pendapatan naik turun. Dengan SMART Option (Klinik SMART, kemudian Pakar SMART, kemudian Hospital SMART), caruman turun sekurang-kurangnya 20% berbanding pelan standard, dan anda bayar deductible RM500 setahun. Kalau tidak mengikut laluan itu (kecuali kecemasan), anda bayar RM500 dan 20% ko-takaful, maksimum RM20,000 setahun.
Lebih risau tentang pendapatan keluarga terhenti terus jika sesuatu berlaku kepada anda, bukan sekadar kos rawatan? Baca juga panduan hibah takaful untuk pendapatan tidak tetap.
Baca Hibah Takaful Untuk Content Creator & Gig Worker Di Sini →Sesuai Untuk Siapa?
- Content creator dan KOL: pendapatan daripada tajaan dan kerjasama jenama, tanpa kad perubatan syarikat.
- Affiliate (TikTok Shop, Shopee): termasuk suri rumah yang menjadikan affiliate sumber pendapatan utama atau tambahan.
- Gig worker: pemandu e-hailing, rider penghantaran, pereka, penulis atau tutor bebas.
- Peniaga online: dropship atau jual produk sendiri tanpa struktur syarikat formal.
Berapa Caruman Sesuai Untuk Bajet Anda?
Pendapatan naik turun setiap bulan? Tak apa. Saya bantu cadangkan pelan dan caruman yang sesuai dengan situasi anda.
Semak Caruman SayaBaca seterusnya
Hibah Untuk Content Creator & Gig Worker
Takde boss, takde EPF. Kenapa pekerja bebas lebih perlu hibah takaful berbanding pekerja bergaji.
Panduan Medical Card 2026: Untuk Yang Baru Nak Mula
Apa itu medical card, cara GL berfungsi, tempoh menunggu, berapa had patut ambil dan senarai semak sebelum sign.
Baru Mula Kerja? Ini 3 Perlindungan Pertama Anda Patut Ada
Gaji pertama dah masuk. Ini tiga perlindungan paling asas untuk orang muda, dan urutan yang masuk akal untuk mula.
Panduan Takaful Kemalangan (PA)
Pelengkap murah kepada medical card untuk rawatan luar dan pampasan akibat kemalangan.
Dr. Hana
PhD EngineeringMembantu content creator, affiliate marketer & gig worker membina perlindungan perubatan sendiri, walaupun tiada majikan atau pendapatan tak tetap. Misi Hana: 0% Keluarga Terdedah, 100% Ketenangan.