Kad Perubatan Atau Pelan Penyakit Kritikal: Mana Lagi Penting?
Ringkasan
- Medical card bayar bil hospital. Pelan CI ganti gaji yang hilang bila sakit kritikal.
- Mana dulu bergantung pada situasi anda: sudah ada medical card majikan, ada tanggungan, atau langsung tiada perlindungan.
- Untuk CI, sasarkan sekitar gaji bulanan × 24 bulan.
"Jika anda sedang mencari kad perubatan sekarang, tahniah! Anda sudah sedar pentingnya perlindungan kewangan. Tapi ada satu lagi perlindungan yang ramai terlepas pandang: perlindungan untuk gaji anda."
Kad perubatan memang penting, dan kepentingannya mudah nampak. Tapi sebagai perancang yang telus, Hana nak anda nampak gambaran penuh. Bencana kewangan terbesar bila sakit bukan sekadar bil hospital, tapi gaji yang berhenti.
Nak Tahu Yang Mana Patut Diutamakan?
Tak perlu baca semua senario dulu. Kalau nak terus tahu strategi keutamaan yang sesuai untuk gaji dan situasi anda, WhatsApp saya terus.
WhatsApp Terus Dengan HanaBencana Kewangan Sebenar: Kehilangan Pendapatan
Mari kita lihat perbezaan antara dua situasi ini:
A Ada Kad Perubatan Sahaja
- ✓ Bil hospital RM80,000 ditanggung medical card (dalam had pelan).
- • Doktor minta rehat 12 hingga 24 bulan untuk pemulihan.
- ✗ Gaji RM5,000 sebulan berhenti. Tiada sumber sara hidup.
- ✗ Simpanan habis untuk bayar komitmen bulanan (rumah, kereta, susu anak).
B Ada Pelan Penyakit Kritikal (CI)
- • Berlaku musibah, rawatan di hospital kerajaan atau swasta.
- ✓ Pampasan tunai RM120,000 masuk ke akaun bank anda selepas tuntutan diluluskan.
- ✓ Gaji berhenti? Anda ada RM120,000 sebagai 'gaji kecemasan' untuk sekitar 2 tahun.
- ✓ Komitmen keluarga dan bank boleh terus dibayar.
Situasi terbaik ialah ada kedua-duanya. Medical card jaga bil hospital, pelan CI jaga gaji.
'Gaji Kecemasan' Anda: Pelan Penyakit Kritikal
Pelan Penyakit Kritikal (CI) bayar pampasan tunai sekali gus ('lump sum') bila anda disahkan menghidap penyakit kritikal yang dilindungi, seperti kanser, strok atau serangan jantung. Duit ini milik anda sepenuhnya, bukan untuk bayar hospital, tapi untuk teruskan hidup. Carumannya juga selalunya lebih mampu milik berbanding medical card. Baca tentang Pelan Penggantian Gaji →
Mana Dulu? Bergantung Pada Situasi Anda
Tiada satu jawapan untuk semua orang. Kalau bajet hanya cukup untuk satu pelan dulu, ini panduan Hana:
Majikan Sudah Beri Medical Card
Bil hospital sudah ada perlindungan asas, jadi mulakan dengan pelan CI, sekitar gaji bulanan × 24 bulan. Ingat, medical card majikan biasanya tamat bila anda berhenti kerja, jadi rancang medical card sendiri selepas itu.
Langsung Tiada Medical Card
Mulakan dengan medical card. Satu kali masuk wad di hospital swasta boleh habiskan simpanan bertahun-tahun. Bila bajet mengizinkan, tambah pelan CI.
Ada Tanggungan Atau Hutang Besar
Jika anak, pasangan atau ibu bapa bergantung pada gaji anda, atau ada pinjaman rumah, hibah takaful juga perlu masuk dalam senarai awal, supaya waris tidak tanggung hutang jika anda meninggal dunia.
Nak tahu berapa bajet yang sesuai untuk semua ini? Baca Formula 10/100 →
Pilihan Popular: Satu Pelan Untuk Semua
Anda juga boleh gabungkan semua perlindungan di atas dalam satu pelan, contohnya Pelan Komprehensif dengan 'rider' medical card dan CI. Caruman bergantung pada umur, kesihatan dan jumlah perlindungan. Untuk ramai orang muda, ia bermula sekitar RM250 sebulan.
Rumusan: Aset Mana Lebih Penting?
"Kad perubatan melindungi simpanan anda. Pelan CI melindungi sumber simpanan itu, iaitu gaji anda."
Nasihat jujur daripada Hana: jangan berhenti pada medical card sahaja. Pastikan gaji anda juga dilindungi.
Dr. Hana
PhD EngineeringMenggunakan pendekatan data & analisis risiko untuk membantu keluarga membina struktur kewangan yang tahan lasak. Misi Hana: 0% Harta Beku, 100% Ketenangan.