Home / Blog / Financial Planning

Pelan Penggantian Gaji

Medical card membayar bil hospital, tetapi siapa yang akan membayar gaji anda sepanjang tempoh pemulihan?

Dikemaskini Bacaan 6 minit

Ringkasan

"Saya dah ada medical card, cukuplah tu." Ini ayat yang paling kerap saya dengar. Soalan saya pula: "Kalau anda disahkan kanser dan tak boleh bekerja selama 12 bulan, siapa yang bayar ansuran rumah anda?"

Faham Dulu:

Medical card dibuat untuk bayar bil hospital. Kerjanya hampir selesai sebaik anda keluar wad. Ia tidak direka untuk menggantikan gaji yang terhenti.

Gaji Anda Terjejas Jika Sakit Kritikal?

Tak perlu baca semua dulu. Kalau nak terus tahu berapa pampasan Pelan Penggantian Gaji yang sesuai untuk anda, WhatsApp saya terus.

Apa Itu Pelan Penggantian Gaji (CI)?

Bayangkan ada satu jumlah duit tunai yang masuk ke akaun anda, tepat pada masa gaji anda berhenti. Itulah Pelan Penggantian Gaji, atau lebih dikenali sebagai Pelan Penyakit Kritikal (CI). Ia membayar satu jumlah sekali gus (pampasan) apabila anda disahkan menghidap salah satu penyakit kritikal yang dilindungi, seperti kanser, strok atau serangan jantung.

Duit ini boleh digunakan untuk apa sahaja. Tapi tujuan utamanya ialah menggantikan gaji yang hilang, supaya anda boleh fokus untuk pulih tanpa risau pasal komitmen bulanan.

Satu lagi kelebihan: caruman pelan CI selalunya lebih mampu milik berbanding medical card untuk umur yang sama, kerana ia hanya membayar bila anda disahkan sakit kritikal, bukan untuk setiap kali masuk hospital.

Medical Card vs CI: Dua Kerja Berbeza

Medical card bayar bil hospital. Pelan CI pula pastikan keluarga masih ada duit tunai untuk teruskan hidup. Kedua-duanya penting, tapi untuk sebab yang berbeza. Lihat perbandingan penuh →

3 Contoh Situasi: Bila Gaji Berhenti

Contoh di bawah ialah situasi ilustrasi untuk menunjukkan gambaran kewangan, bukan kisah klien sebenar. Semua angka ialah anggaran dan boleh jadi berbeza mengikut hospital, pelan dan keadaan setiap orang.

01

Encik Ahmad, 38 Tahun, Strok

Jurutera, gaji RM6,500, ada medical card had tahunan RM500k

Diserang strok. Medical card bayar bil hospital sekitar RM85,000, jadi bahagian itu selesai. Tapi doktor nasihatkan berehat 8 bulan untuk pulih, dan sepanjang tempoh itu gaji tidak masuk.

  • • Ansuran rumah: RM2,500 × 8 bulan = RM20,000
  • • Belanja keluarga: RM3,000 × 8 bulan = RM24,000
  • • Fisioterapi dan ubat selepas keluar wad: RM8,000
  • • Jumlah: RM52,000, simpanan biasa boleh habis dalam beberapa bulan sahaja

Pampasan dibayar sekali gus selepas tuntutan diluluskan. Ahmad boleh bayar komitmen bulanan dan fokus untuk pulih, tanpa perlu sentuh simpanan ASB atau tabung pendidikan anak.

02

Puan Siti, 42 Tahun, Kanser Payudara

Guru, gaji RM5,000, ada medical card dan CI RM200k

Kanser payudara tahap 2. Perlu pembedahan, kemoterapi (6 sesi) dan radioterapi. Tempoh rawatan dan pemulihan boleh mencecah 12 bulan.

  • • Pembedahan mastektomi: RM35,000
  • • Kemoterapi (6 sesi): RM48,000
  • • Radioterapi: RM25,000
  • • Ubat dan rawatan susulan: RM12,000
  • • Jumlah: RM120,000, biasanya ditanggung medical card jika masih dalam had
  • • Gaji hilang (cuti tanpa gaji 12 bulan): RM60,000
  • • Suplemen dan makanan khas: RM8,000
  • • Pengangkutan ke hospital (50+ lawatan): RM3,000
  • • Pembantu untuk jaga anak: RM12,000
  • • Jumlah: RM83,000

Pampasan RM200,000 dibayar selepas diagnosis disahkan dan tuntutan diluluskan. Puan Siti guna RM83,000 untuk kos tersembunyi, dan baki RM117,000 disimpan sebagai 'emergency fund' untuk 2 tahun akan datang. Dia boleh fokus pada rawatan tanpa tekanan kewangan.

03

Encik Kamal, 45 Tahun, Serangan Jantung

Peniaga, pendapatan RM8,000, tiada medical card, tiada CI

Serangan jantung semasa bekerja dan perlu pembedahan 'bypass'. Tiada medical card, jadi dia guna hospital kerajaan. Kosnya rendah, tapi giliran untuk pembedahan boleh jadi berbulan-bulan. Sepanjang tempoh itu, perniagaan tergendala.

  • • Pendapatan perniagaan hilang (6 bulan tunggu, 6 bulan pulih): RM96,000
  • • Terpaksa jual kereta untuk modal perniagaan: RM40,000
  • • Pinjam daripada saudara mara: RM30,000
  • • Perniagaan boleh tutup kalau modal habis: kerugian jangka panjang

Pampasan CI tidak bergantung pada hospital mana anda pilih. Kalau Encik Kamal ada pelan CI RM150,000, dia tetap boleh terima pampasan walaupun dirawat di hospital kerajaan. Duit itu boleh digunakan untuk teruskan perniagaan, bayar pekerja dan jaga keluarga.

Ringkasnya:

Medical card selesaikan masalah BIL HOSPITAL. Pelan CI pula selesaikan masalah GAJI YANG BERHENTI. Kebanyakan keluarga perlukan kedua-duanya.

Mitos & Fakta Yang Anda Perlu Tahu

MITOS"Medical card cover semua kos."

FAKTA Medical card biasanya cover rawatan susulan untuk tempoh tertentu sahaja selepas keluar wad. Kos pengangkutan, makanan khas, pembantu di rumah dan gaji yang hilang tidak termasuk. Tugas utamanya ialah bayar bil hospital.

MITOS"Saya muda & sihat, tak perlu CI."

FAKTA Penyakit kritikal seperti kanser dan strok kini semakin banyak dikesan pada orang yang lebih muda. Ambil pelan CI semasa muda dan sihat biasanya lebih murah, dan lebih mudah diluluskan tanpa 'exclusion'.

MITOS"Simpanan ASB/Tabung Haji saya cukup."

FAKTA Bila gaji berhenti berbulan-bulan, simpanan RM100,000 boleh habis lebih cepat daripada yang anda sangka. Pelan CI ada supaya simpanan yang anda kumpul bertahun-tahun tidak perlu dikorbankan.

"Pelan CI bukan sekadar perlindungan. Ia ganti gaji anda, supaya hidup keluarga boleh terus berjalan."

Berapa Banyak Pampasan Yang Anda Perlukan?

Formula mudah: Gaji Bulanan × 24 Bulan. Ini memberi anda dan keluarga sekitar 2 tahun untuk pulih dan susun semula kewangan. Jumlah sebenar boleh jadi lebih tinggi kalau anda ada banyak komitmen atau tanggungan.

Contoh Pengiraan:

  • Gaji RM3,000/bulan → Perlukan pampasan RM72,000
  • Gaji RM5,000/bulan → Perlukan pampasan RM120,000
  • Gaji RM8,000/bulan → Perlukan pampasan RM192,000

Bagaimana Dengan Formula 100 Bulan?

Gaji × 24 bulan ialah jumlah untuk pelan CI sahaja, iaitu duit untuk hidup selama 2 tahun semasa anda pulih. Formula 100 bulan pula ialah sasaran untuk semua perlindungan keluarga, gabungan CI dan hibah, kalau pencari nafkah meninggal dunia atau tak boleh bekerja lagi. Baca Formula 10/100 →

Kesimpulan

Medical card dan pelan CI bukan pilihan antara satu atau lain, kedua-duanya saling melengkapi. Medical card jaga bil hospital, pelan CI jaga gaji dan komitmen anda.

Kalau anda sudah ada medical card, soalan seterusnya ialah: kalau gaji berhenti esok, keluarga boleh bertahan berapa lama?

Dr. Takaful Hana

Dr. Hana

PhD Engineering

Menggunakan pendekatan data & analisis risiko untuk membantu keluarga membina struktur kewangan yang tahan lasak. Misi Hana: 0% Harta Beku, 100% Ketenangan.

Sedia Untuk Melindungi Gaji Anda?

Jangan biarkan penyakit kritikal habiskan simpanan keluarga anda. Jom Hana bantu kira berapa Pelan Penggantian Gaji yang sesuai dengan gaji dan komitmen anda.

Konsultasi Percuma | AIA Specialist | Data-Driven Advice