Home / Perlindungan

Panduan Takaful PA: Kenapa Ia Penting?

Medical card bayar bil hospital, tapi siapa bayar kos rawatan luar & MC akibat kemalangan?

Dikemaskini Bacaan 5 minit

Ringkasan

"Saya dah ada medical card, buat apa nak ambil PA lagi?"

Bayangkan senario ini: Anda terjatuh dari tangga di rumah. Kaki terseliuh dan patah. Anda pergi ke klinik, buat X-ray, dan doktor balut kaki anda. Anda dapat MC selama 2 minggu.

Anda cuba tuntut kos rawatan klinik RM500 daripada medical card anda. Tuntutan mungkin ditolak. Kenapa?

Kerana medical card biasanya hanya bayar rawatan yang perlu masuk wad. Rawatan pesakit luar ('outpatient') akibat kemalangan selalunya tidak dilindungi, atau hanya dalam had yang kecil. Di sinilah Takaful Kemalangan Peribadi (PA) boleh membantu.

Dah Nampak 'Gap' Perlindungan Anda?

Tak perlu baca semua dulu. Kalau nak terus tahu berapa perlindungan PA yang sesuai untuk situasi anda, WhatsApp saya terus.

Apa Itu Takaful Kemalangan Peribadi (PA)?

Takaful PA adalah pelan perlindungan yang memberi pampasan kewangan jika anda mengalami kecederaan, hilang upaya atau kematian akibat kemalangan. Sebab ia hanya untuk kemalangan, carumannya jauh lebih rendah berbanding pelan lain.

Fungsi Utamanya:

Beri duit tunai untuk tampung kos rawatan (termasuk pesakit luar), ganti pendapatan mingguan kalau tak boleh bekerja, dan bayar pampasan 'lump sum' untuk kecacatan kekal atau kematian akibat kemalangan. Contoh pelan: A-Life Pelindung.

PA vs. Medical Card vs. CI: Apa Bezanya?

Perlindungan Takaful PA Medical Card Pelan CI
Punca Tuntutan Kemalangan sahaja Kemalangan & Penyakit Penyakit Kritikal sahaja
Jenis Pampasan Bayaran balik kos rawatan, pampasan 'lump sum', pendapatan mingguan Bayar terus ke hospital (untuk kemasukan wad) Pampasan 'lump sum' ke akaun anda
Rawatan Pesakit Luar (Outpatient) Ya, untuk kes tertentu seperti fisioterapi Biasanya tidak, kecuali sesetengah pelan untuk rawatan kecemasan Tidak
Contoh Tuntutan Kos X-ray & rawatan kaki patah, MC 2 minggu akibat jatuh motor. Bil hospital untuk pembedahan apendiks atau demam denggi. Dapat RM100k selepas disahkan kanser (ikut tahap yang dilindungi pelan).

Takaful Mampu Milik Untuk Bermula: A-Life Pelindung

Bagi ramai orang, A-Life Pelindung daripada AIA sesuai sebagai takaful pertama. Carumannya bermula sekitar RM30 sebulan (umur 10 hingga 40, Plan 1), tiada soalan kesihatan semasa memohon, dan perlindungan berterusan selama 20 tahun atau sehingga umur 85. Ada dua pilihan pelan:

Plan 1 Plan 2
Perlindungan awal RM100,000 RM300,000
Perlindungan maksimum RM200,000 RM600,000
Bonus Haji, Umrah dan cuti umum RM20,000 RM60,000

Perlindungan ini naik sebanyak 20% daripada jumlah awal setiap 2 tahun, sehingga mencapai dua kali ganda jumlah awal, tanpa tambahan caruman. Contohnya, Plan 1 bermula RM100,000, naik RM20,000 setiap 2 tahun, sehingga maksimum RM200,000.

1. Pampasan Kematian dan Hilang Upaya Akibat Kemalangan

Bayar pampasan 'lump sum' ikut jumlah perlindungan semasa jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal (TPD) akibat kemalangan. Pampasan yang sama juga dibayar jika anda koma akibat kemalangan.

Jika kemalangan berlaku semasa Haji, Umrah atau cuti umum, ada bonus tambahan RM20,000 (Plan 1) atau RM60,000 (Plan 2).

2. Rawatan Fisioterapi Pesakit Luar

Kalau kemalangan menyebabkan anda perlu fisioterapi untuk pulih, pelan ini bayar sehingga RM1,000 untuk kos rawatan tersebut. Manfaat ini biasanya tiada dalam medical card.

3. Manfaat Hospital & Rawatan Rapi (ICU)

Beri elaun tunai RM500 sehari jika anda dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat kemalangan, sehingga 120 hari.

4. Ganjaran Gaya Hidup Sihat (AIA Vitality)

Jika anda sertai program AIA Vitality, anda boleh dapat semula sebahagian caruman tahunan bila jaga kesihatan: 10% untuk status Platinum atau 5% untuk status Gold.

Siapa Yang Paling Memerlukan Takaful PA?

Hampir semua orang boleh dapat manfaat.

Tapi ia paling penting jika anda:

  • ✓ Seorang yang aktif: Suka bersukan, hiking, berbasikal.
  • ✓ Pengguna jalan raya harian: Pemandu kereta atau penunggang motosikal.
  • ✓ Pekerja di tapak ('site'): Jurutera, juruteknik, pekerja binaan.
  • ✓ Pekerja gig atau 'freelancer': Tiada perlindungan majikan. Skim PERKESO untuk pekerja sendiri (SKSPS) ada, tapi manfaatnya asas sahaja.
  • ✓ Ibu bapa dengan anak kecil: Anak-anak sangat aktif dan mudah tercedera.

Kos? Sangat Mampu Milik!

Ini Bahagian Terbaiknya.

Sebab Takaful PA hanya melindungi kemalangan, carumannya jauh lebih rendah berbanding pelan lain.

Dengan caruman serendah sekitar RM30 sebulan, anda boleh mula dengan perlindungan RM100,000 yang naik sehingga RM200,000, berserta manfaat lain.

Kesimpulan: Pelengkap Yang Sempurna

Takaful Kemalangan Peribadi (PA) bukan pengganti medical card atau pelan hibah dan CI. Ia pelengkap yang menutup 'gap' yang kedua-duanya tinggalkan.

'Gap' yang sering diabaikan ialah kos rawatan pesakit luar, pendapatan mingguan, dan pampasan untuk kecederaan yang tidak kritikal tapi masih makan belanja.

Dengan caruman yang rendah, ia antara perlindungan paling mudah untuk dimulakan.

Dr. Takaful Hana

Dr. Hana

PhD Engineering

Menggunakan pendekatan data & analisis risiko untuk membantu keluarga membina struktur kewangan yang tahan lasak. Misi Hana: 0% Harta Beku, 100% Ketenangan.

Sedia Untuk Lengkapkan Perlindungan Anda?

Jom saya bantu anda fahami dengan lebih lanjut tentang pelan Takaful Kemalangan Peribadi dan dapatkan sebut harga percuma.