Simpanan Impian: Pelan Takaful Untuk Rumah, Haji dan Persaraan
Simpan secara konsisten selama 20 atau 30 tahun, dengan ganjaran sepanjang perjalanan dan perlindungan takaful keluarga.
Ringkasan
- Pelan simpanan dan pelaburan dengan perlindungan kematian dan HUMK, untuk tempoh 20 atau 30 tahun.
- Ganjaran setiap tahun, setiap 5 tahun, bila matang, dan bila anda capai peristiwa penting seperti beli rumah atau terpilih ke Haji.
- Tanpa pemeriksaan perubatan. Nilai akaun ikut prestasi dana dan tidak dijamin.
Setiap Impian Bermula Dengan Simpanan
Rumah sendiri. Menunaikan Haji bersama pasangan. Persaraan yang selesa. Anak masuk universiti. Semua impian ini ada satu persamaan: ia perlukan simpanan yang konsisten selama bertahun-tahun.
Masalahnya, menyimpan sendiri memerlukan disiplin yang tinggi. Bila ada keperluan lain, simpanan selalunya yang pertama dikorbankan. Simpanan Impian direka untuk membantu anda kekal konsisten, dan memberi ganjaran bila anda kekal komited.
Nak Tahu Berapa Simpanan Anda Boleh Capai?
Tak perlu baca semua dulu. Kalau nak terus dapatkan ilustrasi ikut umur dan bajet anda, WhatsApp saya terus.
WhatsApp Terus Dengan HanaApa Itu Simpanan Impian?
Simpanan Impian ialah pelan Takaful Keluarga dengan bahagian berkaitan pelaburan. Anda membayar caruman tahunan secara berkala, dan sebahagiannya dilaburkan dalam dana berkaitan pelaburan untuk pertumbuhan jangka panjang.
| Tempoh perlindungan | Tempoh bayaran caruman |
|---|---|
| 20 tahun | 20 tahun |
| 30 tahun | 20 atau 30 tahun |
- Caruman tahunan merangkumi caruman asas dan caruman simpanan tambahan. Anda juga boleh menambah simpanan secara berkala atau membuat tokokan ('top-up') pada bila-bila masa.
- Perlindungan: jika berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK), bayaran dibuat secara sekali gus.
- Pendaftaran mudah: tanpa pemeriksaan perubatan.
5 Ganjaran Dalam Simpanan Impian
Semua peratusan di bawah ialah peratusan daripada caruman tahunan anda. Ganjaran dibayar selagi caruman dibayar sehingga terkini dan sijil masih berkuat kuasa.
1. Annual Savings Reward (setiap tahun)
Bermula akhir tahun sijil ke-2, dimasukkan ke Dana Pelaburan Peserta:
| Tempoh bayar | Perlindungan 20 tahun | Perlindungan 30 tahun |
|---|---|---|
| 20 tahun | 6% | 4% |
| 30 tahun | Tidak berkenaan | 6% |
2. Savings Booster (setiap 5 tahun, kemudian setiap tahun)
Juga dimasukkan ke Dana Pelaburan Peserta:
| Pelan | Awal | Tahun akhir |
|---|---|---|
| Perlindungan 20 tahun | 75% pada tahun 5, 10, 15 | 115% setiap tahun, tahun 16 hingga 20 |
| Perlindungan 30 tahun, bayar 20 | 50% pada tahun 5, 10, 15, 20 | 75% setiap tahun, tahun 21 hingga 30 |
| Perlindungan 30 tahun, bayar 30 | 75% pada tahun 5, 10, 15, 20 | 115% setiap tahun, tahun 21 hingga 30 |
3. Manfaat Kematangan (bila matang)
Sehingga 450% (bayar 20 tahun) atau 675% (bayar 30 tahun) daripada caruman tahunan, iaitu 22.5% daripada jumlah caruman yang dibayar, bersama nilai akaun anda.
4. Key Savings Milestone (peristiwa penting hidup)
Ganjaran 20% (perlindungan 20 tahun) atau 30% (perlindungan 30 tahun) daripada caruman tahunan, dimasukkan ke Dana Pelaburan Peserta bila anda capai salah satu peristiwa ini:
- Membeli rumah
- Simpanan KWSP mencapai RM250,000 atau RM400,000
- Terpilih untuk menunaikan Haji
- Anak mencapai umur 18 atau 25 tahun
Boleh dituntut dua kali, pada tahun sijil ke-10 dan ke-15, untuk caruman tahunan RM6,000 ke atas.
5. Vitality Savings Reward (untuk ahli AIA Vitality)
Dikumpul setiap tahun ikut status AIA Vitality, dan dibayar bila sijil matang, atau bila berlaku kematian atau HUMK:
Platinum 6% · Emas 3% · Perak 1.5% · Gangsa 0%
Contoh Dari Brosur: RM500 Sebulan Selama 30 Tahun
Lelaki 30 tahun, tidak merokok. Caruman tahunan RM6,000 (asas RM4,500 + simpanan tambahan RM1,500), perlindungan dan bayaran 30 tahun. Jumlah caruman: RM180,000.
Ganjaran Sepanjang 30 Tahun
- Annual Savings Reward: RM360 setiap tahun, tahun 2 hingga 30 (RM10,440).
- Savings Booster: RM4,500 pada tahun 5, 10, 15 dan 20, kemudian RM6,900 setiap tahun dari tahun 21 hingga 30 (RM87,000).
- Key Savings Milestone: RM1,800 pada tahun 10 dan 15, jika layak (RM3,600).
- Vitality Savings Reward: RM180 setahun dengan status Emas, terkumpul RM5,220.
Tiga ganjaran pertama dilaburkan semula ke Dana Pelaburan Peserta, jadi ia sudah termasuk dalam nilai dana di bawah.
Anggaran Bila Matang
| Manfaat Kematangan | RM40,500 |
| Vitality Savings Reward | RM5,220 |
| Dana Akaun Peserta (DAP) | RM80,419 |
| Dana Pelaburan Peserta (DPP) | RM203,376 |
| Jumlah simpanan | RM329,516 |
Anggaran brosur. Nilai DAP dan DPP mengandaikan kedua-dua dana memperoleh 5% setahun, dan status AIA Vitality Emas setiap tahun. Ia tidak dijamin. Minta Ilustrasi Produk untuk angka ikut umur dan pilihan anda.
Perkara Penting Sebelum Masuk
1. Nilai Dana Tidak Dijamin
Nilai akaun naik turun ikut prestasi dana berkaitan pelaburan. Angka 5% dalam contoh di atas hanyalah andaian.
2. Ganjaran Bergantung Pada Komitmen
Ganjaran hanya dibayar jika caruman dibayar sehingga terkini dan sijil masih berkuat kuasa. Ini pelan untuk jangka panjang, bukan untuk duit yang mungkin anda perlukan dalam beberapa tahun terdekat.
3. Semak Dokumen Penuh
Umur masuk, caruman minimum, caj dan nilai serahan tidak dinyatakan dalam brosur. Minta Ilustrasi Produk dan Helaian Pendedahan Produk sebelum membuat keputusan. Saya boleh bantu terangkan.
Berkat Sama-Sama
Untuk pelan ini, lebihan daripada dana tabarru' boleh didermakan kepada Tabung Amal AIA Penyala Harapan. Simpan untuk impian sendiri, sambil menyumbang kepada orang yang memerlukan.
Siapa Yang Sesuai?
Bakal pemilik rumah
Simpanan berstruktur, dengan ganjaran Key Savings Milestone bila anda beli rumah.
Yang merancang ke Haji
Ganjaran tambahan bila anda terpilih untuk menunaikan Haji.
Persaraan
Tambahan kepada KWSP, dengan ganjaran bila simpanan KWSP anda mencapai RM250,000 atau RM400,000.
Ibu bapa
Dana untuk masa depan anak, dengan ganjaran bila anak mencapai umur 18 dan 25 tahun.
Impian atau Rezeki?
Kalau anda lebih suka bayar caruman yang lebih tinggi untuk tempoh pendek, 5 atau 10 tahun sahaja, pelan simpanan bayaran pendek seperti Simpanan Rezeki mungkin lebih sesuai. Impian pula untuk yang mahu simpan sedikit demi sedikit dalam tempoh yang lebih panjang. Baca panduan Rezeki dan perbandingan kedua-duanya.
Kesimpulan
Simpanan Impian sesuai untuk yang mahu simpan secara konsisten bagi matlamat besar, dan menghargai ganjaran yang datang sepanjang perjalanan.
Faham ganjarannya, faham risikonya, dan pastikan caruman itu mampu dibayar sehingga matang. Kalau semua itu jelas, ia boleh jadi rakan yang baik untuk impian anda.
Dr. Hana
PhD EngineeringMenggunakan pendekatan data & analisis risiko untuk membantu keluarga membina struktur kewangan yang tahan lasak. Misi Hana: 0% Harta Beku, 100% Ketenangan.
Nak Lihat Simulasi Pelaburan Untuk Anda?
Jom saya sediakan satu ilustrasi percuma berdasarkan bajet dan matlamat anda. Lihat anggaran nilai simpanan anda, berserta risikonya.
Dapatkan Ilustrasi PercumaKonsultasi Percuma | Ilustrasi Produk | Tiada Paksaan