Kenapa Perlu Rancang Kewangan Awal?
Muda lagi, sihat lagi... perlu ke fikir pasal takaful sekarang?
Ringkasan
- Caruman takaful ikut umur anda bila mula, jadi lagi awal mula, lagi rendah carumannya.
- Bila muda dan sihat, peluang diterima tanpa caj tambahan atau 'exclusion' lebih tinggi.
- Pelan yang diambil awal tak membebankan bila komitmen bertambah nanti.
"Nanti dululah, saya muda lagi..."
Ayat ini biasa kita dengar, kan? Ramai orang muda rasa perancangan kewangan dan takaful ni urusan orang tua. Tunggu dah kahwin, tunggu dah ada anak, atau tunggu gaji besar baru nak fikir.
Tapi hakikatnya, masa adalah aset paling mahal dalam kewangan. Lagi lama anda bertangguh, lagi mahal harga yang perlu dibayar kemudian.
Rasa "Nanti Dululah" Pun?
Tak perlu baca semua 5 sebab dulu. Kalau nak terus tahu anggaran kos takaful ikut umur anda sekarang, WhatsApp saya terus.
WhatsApp Terus Dengan Hana5 Sebab Kenapa Lebih Baik Mula Sekarang
1. Caruman Lebih Rendah
Dalam takaful, umur ketika anda mula adalah antara faktor utama yang menentukan caruman. Lagi
lambat anda mula, lagi tinggi caruman untuk perlindungan yang sama.
Sebagai gambaran, Pelan Hibah Bertempoh dengan perlindungan RM1 juta untuk
lelaki 35 tahun, bukan perokok, sehingga umur 60, carumannya sekitar RM258
sebulan. Kalau mula pada umur 25, carumannya lebih rendah. Kalau tunggu sampai umur
45, lebih tinggi.
2. Kesihatan Anda Masih Baik
Syarikat takaful menilai kesihatan anda sebelum menerima permohonan. Bila muda, rekod kesihatan
biasanya bersih: tiada darah tinggi, kencing manis atau kolesterol.
Kalau dah ada penyakit, permohonan masih boleh diterima, tapi mungkin dengan caj tambahan
('loading'), penyakit itu dikecualikan ('exclusion'), atau ditolak terus kalau penyakitnya
serius. Sebab itu masa sihat adalah masa terbaik untuk 'lock' perlindungan.
3. Bersedia Sebelum Komitmen Bertambah
Sekarang mungkin anda bujang, gaji semua untuk diri sendiri. Tapi 5 hingga 10 tahun lagi?
Mungkin anda dah berkahwin, ada anak, ada pinjaman rumah dan kereta.
Masa itu, bajet akan jadi sangat ketat. Kalau anda dah ada pelan takaful yang diambil masa muda
dengan caruman rendah, ia tak membebankan bajet keluarga nanti. Satu bab penting dalam hidup dah
selesai lebih awal.
4. Tempoh Menunggu ('Waiting Period')
Kebanyakan pelan ada tempoh menunggu sebelum boleh claim. Untuk medical card, biasanya 30 hari
untuk penyakit biasa dan lebih lama, contohnya 120 hari, untuk penyakit tertentu. Tempoh tepat
ikut pelan.
Kalau anda ambil sekarang, tempoh menunggu itu berjalan masa anda sihat. Kalau tunggu sampai dah
ada simptom, penyakit itu mungkin dikira sedia ada ('pre-existing') dan tidak dilindungi
langsung. Baca tentang tempoh menunggu medical card.
5. Tabiat Kewangan Yang Baik
Merancang kewangan awal melatih disiplin. Bila anda peruntukkan sekitar
10% gaji untuk perlindungan,
anda belajar hidup dengan bakinya.
Tabiat ini menyelamatkan anda daripada gaya hidup 'biar papa asal bergaya', dan memastikan anda
ada sandaran bila musibah datang.
Jangan Tunggu Sampai "Nanti"
"Nanti" boleh jadi "terlambat". Semak caruman untuk umur anda sekarang. Mungkin lebih rendah daripada yang anda sangka.
Semak Caruman Sekarang (Percuma)Baca seterusnya
Dana Kecemasan, Tabung Haji, Kahwin atau Anak: Yang Mana Dulu?
Gaji cuma satu, tapi tabung yang nak diisi ada empat. Ini cara susun supaya satu tabung tak 'mencuri' dari tabung yang lain.
Berapa Perlu Simpan Sebulan? 4 Tabung, 4 Contoh Kiraan
Dana kecemasan, tabung kahwin, Tabung Haji dan tabung anak. Satu formula mudah, empat contoh, dan satu kejutan bila semuanya dicampur.
Dr. Hana
PhD EngineeringMenggunakan pendekatan data & analisis risiko untuk membantu keluarga membina struktur kewangan yang tahan lasak. Misi Hana: 0% Harta Beku, 100% Ketenangan.
Penafian: Maklumat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan am dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan peribadi. Sila dapatkan nasihat daripada perancang kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan.