Takaful Keluarga

Kenapa Perlu Pilih AIA PUBLIC Takaful?

Bukan sekadar jenama, tetapi rakan kongsi kewangan yang dipercayai untuk melindungi masa depan anda.

"Semua Takaful Sama Je..." Mitos Popular

Betul ke? Dari segi konsep asas tolong-menolong, ya. Tapi dari segi pengurusan dana, inovasi produk, dan kecekapan servis, perbezaannya ibarat langit dan bumi.

Memilih syarikat takaful adalah seperti memilih rakan kewangan anda untuk 20 hingga 30 tahun akan datang. Anda mahukan yang stabil, pantas, dan sentiasa ada.

Sebab Utama AIA Menjadi Pilihan

01

Kestabilan Kewangan

Sebahagian daripada Kumpulan AIA bersama Public Bank. Dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

02

Inovasi Produk

Dari pelan hibah Pelan Hibah Pelaburan dengan ganjaran ganjaran legasi, hingga medical card Medical Card Lengkap dengan Health Wallet yang bertambah bila anda kekal sihat.

Eksklusif
03

AIA Vitality

Program kesihatan yang memberi ganjaran bila anda aktif: naik taraf bilik hospital, bonus tunai tahunan atau tambahan nilai akaun, ikut pelan dan status Vitality anda.

04

Tuntutan Pantas

Tuntutan digital melalui aplikasi AIA+, dan 'Guarantee Letter' (GL) di hospital panel supaya bil boleh dibayar terus.

05

Panel Hospital Luas

Rangkaian hospital panel swasta di seluruh Malaysia, termasuk Hospital Panel SMART untuk pemegang Medical Card Lengkap.

06

Ekosistem Digital (AIA+)

Urusan tuntutan dan semakan sijil kini di hujung jari. Dengan aplikasi AIA+ (jenama baru My AIA), anda boleh memuat naik resit perubatan, memantau status GL secara real-time, malah berjumpa doktor secara atas talian.

07

Konsep Perkongsian Lebihan

Jika dana tabarru' ada lebihan, ia diuruskan ikut pelan: ada pelan yang berkongsi lebihan dengan peserta yang layak, dan ada yang mendermakannya kepada Tabung Amal AIA Penyala Harapan. Inilah semangat takaful.

08

Servis Profesional

Saya, Dr. Hana, perunding takaful berlesen, komited memberi konsultasi yang telus, bukan sekadar mengejar jualan.

Dah Yakin AIA Untuk Anda?

Tak perlu baca semua butiran dulu. Kalau nak terus dapatkan sebut harga percuma dan bandingkan dengan pelan sedia ada anda, WhatsApp saya terus.

Kekuatan Di Sebalik Jenama

Apabila anda memilih AIA, anda bukan sekadar membeli sijil takaful, tetapi anda menyertai kumpulan insurans hayat pan-Asia terbesar yang disenaraikan secara awam. Di Malaysia, AIA PUBLIC Takaful Berhad adalah entiti yang dikawal selia ketat oleh Bank Negara Malaysia, memastikan setiap ringgit caruman anda diuruskan dengan integriti syariah yang tinggi.

Tuntutan Yang Lancar

Keupayaan membayar tuntutan adalah kriteria paling penting. Anda tidak mahu syarikat yang "liat" membayar ketika anda sedang bertarung nyawa di hospital. Di hospital panel, hospital memohon 'Guarantee Letter' (GL) supaya bil boleh dibayar terus. Tempoh kelulusan bergantung pada kes dan kelengkapan maklumat perubatan. Baca kenapa GL boleh ditahan.

Medical Card Yang Beri Ganjaran Bila Anda Sihat

Inovasi yang paling saya suka: konsep Health Wallet dalam pelan Medical Card Lengkap. Kebanyakan medical card hanya "berguna" bila anda sakit. Yang ini berbeza, ia menjaga anda semasa anda sihat.

Caranya mudah. Bila anda tidak membuat tuntutan dalam setahun, kredit NCB ('No Claim Bonus') dimasukkan terus ke dalam Health Wallet: RM1,000 (Plan 200) atau RM2,500 (Plan 300) setahun, terkumpul sehingga 10 kali. Ia boleh digunakan untuk kesihatan mental dan pemulihan, dan untuk Plan 300, pemeriksaan kesihatan, vaksin dan lawatan klinik GP. Ahli AIA Vitality pula dapat tambahan 5% (Emas) atau 10% (Platinum) setahun pada Health Wallet.

Untuk Plan 300, ahli Vitality juga boleh memindahkan sehingga RM1,000 setahun dari Health Wallet ke nilai akaun mulai umur 60 (Bonus Persaraan Sihat). Untuk pecahan penuh bagaimana ia berfungsi, baca panduan penuh pelan 'Medical Card Lengkap' ini.

Teknologi Untuk Kesejahteraan

AIA mendahului dengan inovasi digital. Bayangkan anda sedang bercuti dan anak anda jatuh sakit. Anda hanya perlu buka aplikasi AIA+ untuk mencari klinik panel terdekat atau membuat konsultasi doktor secara atas talian (telemedicine). Segalanya direka untuk mengurangkan beban mental anda ketika waktu kecemasan.

Apa Yang Baru Dalam Aplikasi AIA+?

Sejak My AIA dinaik taraf kepada AIA+, semua urusan perlindungan anda berada dalam satu aplikasi, tak perlu lagi bertukar-tukar platform. Antara yang boleh anda buat terus dari telefon:

  • Kad perubatan digital, sentiasa ada dalam telefon, tak perlu risau kad fizikal tertinggal di rumah semasa kecemasan.
  • Tuntutan digital, muat naik resit dan semak status tuntutan anda pada bila-bila masa.
  • 'Digital Health', berjumpa doktor secara atas talian, dan boleh refill ubat bulanan berdasarkan preskripsi terkini anda.
  • Pra-daftar lawatan panel, daftar awal sebelum sampai ke klinik atau hospital panel, kurangkan masa menunggu.
  • AIA Vitality dalam aplikasi, semak status, pantau cabaran, dan tebus ganjaran anda di tempat yang sama.
  • 'Life+ Rewards', ganjaran tunai bila anda meneroka dan memahami manfaat pelan anda sendiri.

Untuk pengguna My AIA sedia ada, tak perlu daftar semula, 'User ID' dan kata laluan lama masih boleh digunakan terus dalam AIA+.

Alami Sendiri Kelebihan AIA

Jangan dengar cakap saya saja. Cuba dapatkan satu sebut harga percuma dan bandingkan manfaatnya dengan apa yang anda ada sekarang.

Baca seterusnya

Dr. Takaful Hana

Dr. Hana

PhD Engineering

Menggunakan pendekatan data & analisis risiko untuk membantu keluarga membina struktur kewangan yang tahan lasak. Misi Hana: 0% Harta Beku, 100% Ketenangan.

Penafian: Maklumat ini adalah pandangan peribadi penulis. Sila rujuk brosur rasmi AIA PUBLIC Takaful untuk terma & syarat penuh.