Home / Blog / Hibah

Waiting Period Hibah: Bila Perlindungan Mula?

Baru sign hibah, dan tertanya-tanya bila keluarga betul-betul dilindungi. Pelan hibah tidak menyebut waiting period khusus, tapi ada klausa yang perlu anda faham.

Diterbitkan Bacaan 6 minit

Ringkasan

"Saya baru sign hibah minggu lepas. Kalau jadi apa-apa esok, keluarga saya dapat ke?"

Jawapan ringkasnya: pelan hibah tidak menyebut 'waiting period' yang khusus. Tapi itu tidak bermakna tiada apa yang perlu difahami.

Nak Tahu Waiting Period Pelan Anda?

Tak perlu baca semua dulu. Send gambar halaman manfaat sijil anda, saya bantu terangkan.

Kenapa Ada 'Waiting Period'?

Dalam Takaful, peserta menyumbang caruman ke dalam dana bersama dan risiko dikongsi sesama peserta. 'Waiting period' wujud supaya dana itu adil untuk semua: ia mengelakkan seseorang menyertai hanya selepas tahu dirinya sudah sakit. Tanpa peraturan ini, caruman semua orang perlu naik.

Untuk pelan hibah, berbeza dengan medical card, sijil biasanya tidak menyebut 'waiting period' yang khusus. Ia sedikit 'grey area': kalau tiada apa-apa isu yang timbul semasa tuntutan, contohnya tiada maklumat kesihatan yang tidak diisytiharkan, tuntutan biasanya mudah diproses. Yang menentukan ialah beberapa klausa lain yang anda perlu faham sejak hari pertama.

Apa Yang Berlaku Ikut Jenis Manfaat

Wafat Akibat Kemalangan

Dilindungi sebaik sahaja sijil berkuat kuasa. Tiada 'waiting period' yang disebut.

Wafat Akibat Penyakit

Tiada 'waiting period' yang disebut untuk wafat akibat penyakit. Yang penting ialah semua soalan kesihatan dijawab dengan jujur semasa memohon, kerana itu yang akan disemak bila tuntutan dibuat (lihat klausa 2 tahun di bawah).

HUMK (Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal)

HUMK, atau hilang upaya kekal menyeluruh, bukan 'waiting period' biasa, tetapi ada tempoh pemerhatian, biasanya 6 bulan. Doktor perlu memantau dan mengesahkan bahawa hilang upaya itu memang kekal sebelum tuntutan diluluskan.

Baca lanjut: Bolehkah claim hibah jika lumpuh?

Manfaat Tambahan (Contohnya CI)

Kalau anda tambah manfaat lain pada pelan hibah, seperti penyakit kritikal (CI), manfaat itu ada terma sendiri. Semak terma manfaat tambahan itu secara berasingan, jangan anggap ia sama dengan hibah.

Minta ejen anda tunjuk terma manfaat tambahan dalam sijil.

Dua Klausa Yang Ramai Tak Perasan

Klausa 2 Tahun: Siasatan Non-Disclosure

Dalam 2 tahun pertama sijil berkuat kuasa (atau dipulihkan semula), syarikat Takaful berhak menyemak sama ada ada maklumat kesihatan yang tidak diisytiharkan semasa memohon. Kalau ada, tuntutan boleh ditolak. Selepas 2 tahun, ruang untuk membatalkan sijil jauh lebih sempit, biasanya hanya jika ada unsur penipuan.

Pengecualian Bunuh Diri

Pelan hibah mempunyai pengecualian bunuh diri selama 12 bulan dari tarikh sijil berkuat kuasa atau dipulihkan. Dalam tempoh itu, manfaat wafat akibat bunuh diri tidak dibayar sepenuhnya.

Ini antara 'exclusion' yang paling jelas dalam sijil hibah.

Hati-hati bila sijil 'lapse':

Kalau caruman tertunggak sehingga sijil terbatal ('lapse') dan kemudian dipulihkan semula ('reinstate'), sesetengah klausa seperti tempoh 2 tahun dan pengecualian bunuh diri boleh bermula semula dari tarikh pemulihan. Set auto-debit supaya perkara ini tidak berlaku.

Medical Card vs Hibah: Waiting Period Tak Sama

Ramai keliru kerana pernah dengar tentang 'waiting period' medical card: 30 hari untuk penyakit biasa dan 120 hari untuk penyakit tertentu. Itu untuk kos rawatan hospital, dan ia peraturan yang berbeza.

Hibah membayar jumlah sekali gus kepada penama bila berlaku wafat atau HUMK. Medical card membayar bil hospital. Jadi jangan anggap 'waiting period' satu pelan sama dengan pelan yang lain. Baca penjelasan medical card di artikel tempoh menunggu medical card.

Apa Yang Anda Boleh Buat Sekarang

  1. Isytihar dengan jujur semasa memohon. Rawatan atau ubat sebelum ini, walau nampak kecil, lebih baik diisytiharkan. Caruman tambahan lebih baik daripada tuntutan ditolak.
  2. Simpan tarikh sijil berkuat kuasa. Itu tarikh mula kiraan semua klausa masa.
  3. Jangan biarkan sijil 'lapse'. Guna auto-debit dan kemas kini kad bank bila tukar.
  4. Pastikan penama dinamakan. Hibah dibayar terus kepada penama, jadi pastikan namanya betul dan terkini.
  5. Beritahu keluarga. Penama perlu tahu sijil itu wujud dan siapa ejen yang boleh dihubungi.

Jangan tangguh ambil hibah semata-mata kerana risau 'waiting period'. Lebih lama anda tunggu, lebih tua dan mungkin kurang sihat anda bila memohon.

✓ Tiada 'waiting period' khusus: kalau tiada isu yang timbul, tuntutan biasanya mudah.

✓ Bunuh diri: dikecualikan selama 12 bulan pertama.

✓ Klausa 2 tahun dan HUMK: faham dari awal supaya tiada kejutan.

Hibah yang paling bernilai ialah hibah yang diambil semasa anda masih sihat.

Soalan Lazim

Adakah hibah takaful ada waiting period?

Pelan hibah tidak menyebut waiting period yang khusus. Kalau tiada isu yang timbul semasa tuntutan, contohnya tiada maklumat kesihatan yang tidak diisytiharkan, tuntutan biasanya mudah diproses. HUMK pula ada tempoh pemerhatian, biasanya 6 bulan.

Berapa lama pengecualian bunuh diri dalam pelan hibah?

12 bulan dari tarikh sijil berkuat kuasa atau dipulihkan. Dalam tempoh itu, manfaat wafat akibat bunuh diri tidak dibayar sepenuhnya.

Apa itu klausa 2 tahun dalam pelan hibah?

Dalam 2 tahun pertama sijil berkuat kuasa atau dipulihkan, syarikat Takaful boleh menyemak sama ada ada maklumat kesihatan yang tidak diisytiharkan semasa permohonan. Jika ada, tuntutan boleh ditolak. Sebab itu penting untuk isytihar dengan jujur.

Adakah waiting period bermula semula jika sijil lapse?

Jika sijil terbatal kerana caruman tertunggak dan kemudian dipulihkan semula, sesetengah klausa seperti tempoh 2 tahun dan pengecualian bunuh diri boleh bermula semula dari tarikh pemulihan.

Nak faham lebih lanjut? Baca panduan lengkap hibah takaful dan beza penyakit kritikal dan HUMK.

Baca seterusnya

Dr. Takaful Hana

Dr. Hana

PhD Engineering

Menggunakan pendekatan data & analisis risiko untuk membantu keluarga membina struktur kewangan yang tahan lasak. Misi Hana: 0% Harta Beku, 100% Ketenangan.

Nak Mula Hibah Tapi Masih Ada Soalan?

Jom sembang. Saya boleh terangkan apa yang dilindungi, bila ia bermula, dan apa yang tidak dilindungi, sebelum anda sign.

Konsultasi Percuma | Tiada Paksaan