Takaful Simpanan dan Perlindungan
Satu pelan untuk lindungi keluarga dan simpan untuk masa depan. Bunyinya ideal, tapi faham dulu bagaimana caruman anda dibahagi sebelum pilih.
Ringkasan
- Caruman dibahagi dua: dana tabarru' untuk perlindungan, akaun pelaburan untuk simpanan.
- Nilai akaun tidak dijamin, dan berhenti awal biasanya rugi. Ini pelan jangka panjang.
- Pastikan perlindungan asas cukup dulu (medical card, ganti pendapatan) sebelum fokus pada simpanan.
"Saya nak takaful yang ada simpanan sekali. Kalau tak claim, sekurang-kurangnya duit tak hilang."
Ramai berfikir begini, dan ia keinginan yang sangat munasabah. Tapi sebelum pilih, anda perlu faham bagaimana satu caruman dibahagi kepada dua tujuan.
Nak Tahu Mana Sesuai Untuk Bajet Anda?
Tak perlu baca semua dulu. Send umur dan bajet bulanan anda, saya bantu cadangkan susunan yang sesuai.
WhatsApp Terus Dengan HanaApa Itu Takaful Simpanan dan Perlindungan?
Takaful simpanan dan perlindungan ialah pelan yang buat dua kerja serentak: melindungi keluarga bila berlaku wafat, HUMK atau penyakit, dan dalam masa sama membina nilai akaun untuk masa depan. Ia sesuai untuk mereka yang mahu disiplin menyimpan sambil memastikan keluarga terjaga.
Dari segi struktur, kebanyakan pelan jenis ini ialah pelan berkaitan pelaburan ('investment-linked'). Caruman anda dibahagi kepada dua bahagian:
Bahagian 1: Dana Tabarru' (Perlindungan)
Sebahagian caruman disumbangkan ke dana bersama untuk membantu peserta lain yang ditimpa musibah. Risiko dikongsi sesama peserta. Dari dana inilah manfaat wafat, HUMK atau CI dibayar.
Bahagian 2: Akaun Pelaburan (Simpanan)
Baki caruman dilaburkan dalam dana patuh Syariah pilihan anda. Nilai akaun boleh naik atau turun ikut prestasi dana, dan tidak dijamin.
Perkara yang jarang diterangkan:
Pada tahun-tahun awal, sebahagian besar caruman biasanya digunakan untuk caj dan perlindungan. Sebab itu nilai akaun bergerak perlahan pada permulaan, dan berhenti awal ('surrender') biasanya rugi. Pelan ini untuk jangka panjang, bukan simpanan 2 atau 3 tahun.
3 Jenis Pelan, 3 Tujuan Berbeza
Perlindungan Sahaja
Contoh: medical card. Caruman digunakan sepenuhnya untuk perlindungan, tiada nilai tunai.
Pelan Hibah Bertempoh hampir dalam kumpulan ini: ada Dana Akaun Peserta (DAP), tapi bahagian pelaburannya kecil, jadi caruman rendah untuk hibah tinggi. Baca: Pelan Hibah Bertempoh dari RM45 sebulan
Simpanan + Perlindungan
Contoh: pelan hibah pelaburan (bahagian pelaburan lebih tinggi), pelan simpanan Takaful untuk matlamat seperti rumah, haji atau persaraan. Ada nilai akaun dan perlindungan dalam satu pelan.
Baca: Simpanan Impian untuk rumah, haji dan persaraan dan panduan Simpanan Rezeki dan Simpanan Impian
Simpanan Sahaja (Bukan Takaful)
Contoh: ASB, Tabung Haji, simpanan tetap. Mudah diakses dan fleksibel, tapi tiada perlindungan langsung bila berlaku musibah.
Kelebihan dan Kekurangan: Jujur Sahaja
Kelebihan
Satu pelan, dua tujuan, jadi lebih mudah diurus. Memaksa disiplin menyimpan setiap bulan. Perlindungan boleh berpanjangan hingga umur lanjut. Pelan hibah pelaburan juga boleh beri ganjaran legasi dan bonus matang.
Kekurangan
Untuk caruman yang sama, jumlah perlindungan biasanya lebih rendah berbanding pelan perlindungan sahaja. Nilai akaun tidak dijamin. Ada caj yang perlu difahami. Berhenti awal biasanya tidak berbaloi.
Contoh mudah: dengan bajet RM300 sebulan, seseorang boleh pilih satu pelan simpanan + perlindungan, atau susun semula: medical card dan pelan hibah bertempoh dahulu, kemudian baki untuk simpanan berasingan. Tiada satu jawapan yang betul untuk semua orang.
Yang penting, perlindungan asas mesti cukup dahulu. Simpanan yang cantik tidak membantu kalau bil hospital atau kehilangan gaji menghabiskannya dalam setahun.
Susunan Yang Saya Cadangkan
- Medical card dahulu. Bil hospital ialah risiko yang paling kerap berlaku.
- Ganti pendapatan. Hibah atau CI yang cukup untuk tanggung keluarga beberapa tahun kalau gaji terhenti.
- Dana kecemasan. Simpanan mudah diakses untuk 3 hingga 6 bulan perbelanjaan.
- Baru simpanan jangka panjang. Di sinilah pelan simpanan + perlindungan atau pelaburan lain sesuai.
Untuk kiraan berapa yang patut diperuntukkan, baca Formula 10/100 dan berapa perlu simpan sebulan untuk 4 tabung.
Soalan Untuk Ditanya Sebelum Sign
- Berapa bahagian caruman pergi ke perlindungan, berapa ke akaun? Minta ejen tunjuk dalam ilustrasi.
- Apa caj yang dikenakan, dan bila ia berkurang? Faham struktur caj tahun-tahun awal.
- Apa jadi pada nilai akaun dalam senario pulangan rendah? Jangan nilai pelan berdasarkan senario tinggi sahaja.
- Boleh tak keluarkan wang separa, dan apa kesannya? Pengeluaran boleh kurangkan perlindungan.
- Apa jadi kalau saya tak mampu bayar beberapa bulan? Tanya tentang tempoh tangguh dan risiko 'lapse'.
Takaful simpanan dan perlindungan boleh jadi pilihan yang baik, asalkan anda faham apa yang anda beli.
✓ Perlindungan: dijamin ikut terma sijil, dibayar dari dana tabarru'.
✓ Simpanan: bergantung pada prestasi dana, tidak dijamin.
✓ Masa: pelan ini untuk 10 tahun ke atas, bukan jangka pendek.
Lindungi dahulu, simpan kemudian. Atau buat kedua-duanya, dengan mata terbuka.
Soalan Lazim
Apa itu takaful simpanan dan perlindungan?
Ia pelan Takaful yang menggabungkan perlindungan (wafat, HUMK atau penyakit) dengan akaun simpanan atau pelaburan. Sebahagian caruman disumbangkan ke dana tabarru' untuk perlindungan, dan baki dilaburkan dalam dana patuh Syariah.
Adakah nilai simpanan dalam takaful dijamin?
Untuk pelan berkaitan pelaburan, nilai akaun bergantung pada prestasi dana dan tidak dijamin. Manfaat perlindungan pula dibayar mengikut terma sijil.
Mana lebih baik, takaful simpanan atau perlindungan sahaja?
Ia bergantung pada bajet dan keperluan. Pelan perlindungan sahaja memberi jumlah perlindungan lebih tinggi untuk caruman yang sama. Pelan simpanan dan perlindungan sesuai untuk mereka yang mahu disiplin menyimpan jangka panjang selepas perlindungan asas cukup.
Bolehkah saya keluarkan duit dari takaful simpanan bila-bila masa?
Sesetengah pelan membenarkan pengeluaran separa, tetapi ia boleh mengurangkan nilai akaun dan perlindungan. Berhenti awal pada tahun-tahun pertama biasanya tidak berbaloi kerana caj awal.
Nak faham lebih lanjut? Baca Simpanan vs Takaful dan susunan tabung kewangan mana dulu.
Baca seterusnya
Simpanan Impian
Pelan Takaful untuk rumah, haji dan persaraan.
Simpanan vs Takaful: Mana Betul?
Simpanan boleh habis cepat bila gaji terhenti. Takaful beri jumlah besar sekali gus.
Hibah Bertempoh vs Hibah Pelaburan
Perlindungan semata-mata atau perlindungan dengan nilai akaun?
Formula 10/100
Berapa peratus gaji untuk takaful, dan berapa jumlah perlindungan yang cukup.
Dr. Hana
PhD EngineeringMenggunakan pendekatan data & analisis risiko untuk membantu keluarga membina struktur kewangan yang tahan lasak. Misi Hana: 0% Harta Beku, 100% Ketenangan.
Tak Pasti Nak Mula Dengan Simpanan Atau Perlindungan?
Jom sembang. Saya boleh bantu susun bajet anda supaya keluarga terlindung dahulu, dan simpanan berjalan untuk masa depan.
Tanya Saya SekarangKonsultasi Percuma | Tiada Paksaan