Home / Semakan Polisi Hujung Tahun

Semakan Polisi Hujung Tahun: 5 Perkara Yang Selalu Berubah

Polisi anda tak berubah sejak sign up. Hidup anda dah banyak berubah. Itulah masalahnya.

Diterbitkan Bacaan 5 minit

Ringkasan

Ayat Yang Paling Kerap Saya Dengar

"Saya ada polisi, tapi tak ingat cover apa."

"Agen dulu dah tak aktif. Saya bayar je setiap bulan."

"Penama? Rasanya mak saya. Masa tu belum kahwin lagi."

Ini bukan salah sesiapa. Kontrak polisi tebal, bahasanya teknikal, dan selepas sign up kita terus sibuk dengan hidup. Tapi polisi yang tak pernah disemak boleh gagal tepat pada hari ia paling diperlukan.

Kenapa Hujung Tahun?

Hujung tahun ialah masa kita memang dah kira semula kewangan: bonus, cukai, rancangan tahun depan. Polisi patut masuk dalam senarai yang sama. Ia ambil masa lebih kurang 10 minit, dan anda cuma perlukan dua dokumen: Jadual Sijil dan penyata tahunan terbaru.

Sambil tu, simpan juga penyata caruman untuk rujukan pelepasan cukai. Kategori dan had pelepasan boleh berubah setiap tahun, jadi semak yang terkini di laman LHDN.

Nak Terus Semak Polisi Sendiri?

Senarai semak 8 perkara, dengan di mana nak cari setiap satu dalam dokumen. Ada versi PDF untuk cetak.

Buka Senarai Semak

5 Perkara Yang Selalu Berubah Tanpa Kita Sedar

Hidup berubah, jumlah perlindungan tidak

Masa sign up mungkin bujang, tiada hutang. Sekarang dah kahwin, ada anak, ada pinjaman rumah. Jumlah perlindungan kematian dan hilang upaya yang nampak besar dulu mungkin tak cukup untuk lunaskan hutang dan sara keluarga beberapa tahun. Cuba campur baki hutang rumah, kereta dan belanja keluarga, kemudian bandingkan. Untuk pinjaman rumah, baca panduan MLTT/MRTT.

Penama tertinggal di masa lalu

Ini yang paling kerap saya jumpa. Penama masih ibu bapa walaupun dah ada isteri dan anak. Ada yang masih nama bekas pasangan. Ada yang penamanya dah meninggal dunia. Ada yang langsung tiada penama.

Untuk takaful, semak juga jenis penamaan. Penama yang dilantik sebagai penerima hibah menerima manfaat sebagai miliknya. Penama yang dilantik sebagai wasi menguruskan manfaat, kemudian diagih ikut faraid. Kedua-duanya sah, tapi hasilnya berbeza. Faham hibah takaful dengan lebih lanjut.

Kos rawatan naik, had medical card kekal

Kos rawatan di hospital naik hampir setiap tahun. Had tahunan, had seumur hidup dan had bilik sehari yang dipilih bertahun-tahun lepas mungkin dah rendah. Kalau bilik lebih mahal dari had, anda bayar bezanya. Kalau bil melebihi had tahunan, bakinya pun anda yang tanggung. Lihat perbandingan kos rawatan dengan gaji.

Caruman naik, tapi tak pernah faham sebabnya

Caruman medical card boleh disemak semula ikut umur dan kos tuntutan, dan biasanya syarikat hantar surat notis. Masalahnya, surat tu jarang dibaca. Tahu sebab kenaikan, dan tanya diri: masih mampu bayar ini 20 tahun lagi? Lebih baik susun semula sekarang daripada terpaksa berhenti bila dah tua dan susah nak ambil pelan baru. Berapa patut belanja untuk takaful?

Nilai akaun susut, polisi boleh lapse diam-diam

Untuk pelan berkaitan pelaburan, caj perlindungan biasanya naik ikut umur dan ditolak dari nilai akaun. Kalau akaun tak cukup, polisi boleh lapse walaupun anda tak pernah miss bayar caruman. Kalau anda pernah terima surat "caruman tidak mencukupi", jangan abaikan. Faham cara caruman dibahagi.

Contoh Situasi: Encik Faizal

Contoh ini rekaan untuk tujuan penerangan.

Encik Faizal ambil polisi pada umur 26, masa masih bujang. Penama: ibunya. Perlindungan kematian RM100,000. Sejak itu dia tak pernah buka fail polisi.

Sekarang umur 38. Dah kahwin, dua orang anak, dan ada pinjaman rumah dengan baki sekitar RM350,000.

Apa yang jumpa bila disemak:

  • Perlindungan RM100,000 tak sampai separuh baki pinjaman rumah
  • Penama masih ibunya, bukan isteri dan anak-anak
  • Had bilik medical card lebih rendah dari kadar bilik hospital berdekatan rumahnya

Apa yang dibuat: polisi lama dikekalkan. Penama dikemas kini, perlindungan ditambah dengan pelan baru yang kecil, dan medical card disemak. Dia tak perlu mula semula dari kosong.

Cara Buat Semakan

Cari Jadual Sijil dan penyata tahunan terbaru. Tak jumpa? Minta dari agen atau app syarikat.

Ikut senarai semak 8 perkara, atau muat turun PDF.

Ada yang tak faham atau nampak tak kena? Hantar gambar dua dokumen tu, saya tolong tengokkan.

Jumpa Masalah? Jangan Terus Batalkan

Mitos "Polisi lama tak bagus, baik tutup dan ambil baru."

Fakta Polisi baru bermaksud caruman ikut umur sekarang, tempoh menunggu mula semula, dan penyakit yang muncul sejak sign up mungkin dikecualikan. Selalunya cukup dengan kemas kini penama, tambah rider, atau tambah pelan kecil di atas yang sedia ada. Baca: upgrade atau tukar medical card, waiting period mula semula?

Mitos "Agen saya dah tak aktif, jadi polisi saya tak terjaga."

Fakta Polisi anda tetap sah selagi caruman dibayar dan akaun mencukupi. Anda boleh hubungi syarikat terus, atau minta mana-mana perunding tolong semak.

Soalan Lazim

Berapa kerap perlu semak polisi?

Sekurang-kurangnya setahun sekali, dan setiap kali ada perubahan besar: kahwin, cerai, anak baru lahir, beli rumah atau tukar kerja.

Boleh semak polisi dari syarikat lain?

Boleh. Perkara yang perlu disemak sama untuk polisi takaful atau insurans dari mana-mana syarikat.

Dokumen apa yang perlu?

Jadual Sijil (Policy Schedule), penyata tahunan terbaru dan kad medical kalau ada. Kalau kongsi gambar, nombor IC dan nombor akaun boleh ditutup.

Kalau polisi lama tak cukup, perlu batalkan?

Selalunya tidak. Tambah atau kemas kini biasanya lebih baik daripada mula semula, sebab umur, tempoh menunggu dan pengecualian.

"Polisi yang baik ialah polisi yang masih sepadan dengan hidup anda hari ini."

Dr. Takaful · Engineered for Legacy

Baca seterusnya

Dr. Takaful Hana

Dr. Hana

PhD Engineering

Menggunakan pendekatan data & analisis risiko untuk membantu keluarga membina struktur kewangan yang tahan lasak. Misi Hana: 0% Harta Beku, 100% Ketenangan.

Tak Sempat Semak Sendiri?

Hantar gambar Jadual Sijil dan penyata tahunan terbaru. Boleh tutup nombor IC. Saya tolong semak, percuma dan tanpa komitmen.