Home / Semakan Polisi

Semak Polisi Anda Dalam 10 Minit

Senarai semak untuk polisi takaful atau insurans dari mana-mana syarikat. Tanda setiap perkara bila dah semak.

  • Jadual Sijil / Policy Schedule, muka surat ringkasan dalam kontrak
  • Penyata tahunan terbaru (annual statement)
  • Kad medical, kalau ada

Tak jumpa? Minta salinan dari agen anda, atau muat turun dari app / portal syarikat.

Muat Turun PDF 1 muka surat, boleh cetak

0 / 8 disemak

CariJadual Sijil: "Tarikh Tamat", "Expiry Date" atau "Tempoh Perlindungan".

KenapaRamai sign up masa muda dengan pelan yang tamat umur 60 atau 65. Selepas umur itulah risiko kesihatan biasanya paling tinggi, dan ambil pelan baru masa tu jauh lebih mahal.

BacaApa jadi bila pelan tamat? · Umur 50+ masih boleh ambil takaful?

CariPenyata tahunan, atau surat notis semakan caruman dari syarikat.

KenapaCaruman medical card boleh disemak semula ikut umur dan kos tuntutan. Yang penting, anda tahu kenapa ia naik dan sama ada masih mampu untuk jangka panjang. Pastikan juga auto-debit atau kad masih aktif.

BacaBerapa patut belanja untuk takaful (formula 10%) · Cara jimat caruman medical card

CariJadual Sijil: "Jumlah Perlindungan", "Sum Covered" atau "Manfaat Kematian".

KenapaJumlah yang dipilih 10 tahun lepas mungkin tak cukup selepas kahwin, ada anak atau beli rumah. Cuba campur baki hutang rumah, kereta dan belanja keluarga untuk beberapa tahun.

BacaLindungi pinjaman rumah (MLTT/MRTT) · Boleh claim kalau lumpuh atau tak boleh kerja?

CariJadual Sijil (rider "Penyakit Kritikal" / "Critical Illness"), dan kontrak untuk senarai penyakit.

KenapaSesetengah pelan hanya bayar bila penyakit di tahap akhir. Ada yang bayar dari peringkat awal. Bila diuji, bezanya besar. Medical card bayar bil hospital, tapi tak ganti gaji yang terhenti.

BacaPanduan lengkap penyakit kritikal · Beza medical card dan pelan CI

CariKad medical dan jadual manfaat dalam kontrak.

KenapaKos rawatan naik setiap tahun. Had yang nampak besar dulu mungkin rendah sekarang. Kalau bilik hospital lebih mahal dari had sehari, anda bayar bezanya. Deductible pula bermaksud anda bayar sebahagian bil dulu sebelum medical card mula bayar.

BacaPanduan lengkap medical card · Realiti bil hospital: 3 contoh situasi

CariJadual Sijil atau borang penamaan. Kalau tak tertera, tanya agen atau syarikat.

KenapaKahwin, cerai, anak baru lahir, atau penama dah meninggal. Penama yang tak dikemaskini boleh buat manfaat lambat sampai, atau sampai kepada orang yang bukan anda niatkan. Untuk takaful, semak juga sama ada penama dilantik sebagai penerima hibah (manfaat jadi milik dia) atau wasi (dia uruskan, kemudian diagih ikut faraid).

BacaHibah takaful: maksud dan cara ia berfungsi · RM13 bilion wang tak dituntut

CariKontrak: muka surat "Pengecualian", "Exclusion" atau "Endorsement".

KenapaKalau ada pengecualian, penyakit itu tidak dilindungi langsung. Semak juga ada caruman tambahan (loading) sebab kesihatan masa sign up. Kalau dah lama sihat, boleh tanya syarikat sama ada ia boleh dikaji semula.

BacaWaiting period dan klausa 2 tahun · GL medical card kena decline: 5 sebab

CariPenyata tahunan: "Nilai Akaun", "Account Value" atau jadual unjuran.

KenapaUntuk pelan berkaitan pelaburan, caj perlindungan biasanya naik ikut umur dan ditolak dari akaun. Kalau akaun tak cukup, polisi boleh lapse walaupun anda bayar caruman setiap bulan.

BacaCara caruman dibahagi dalam pelan simpanan dan perlindungan

Semak Segera Kalau Anda Jumpa Ini

Jumpa masalah? Jangan terus batalkan polisi lama.

Ambil polisi baru bermaksud umur dah lebih tua, jadi caruman lebih tinggi. Tempoh menunggu (waiting period) pun mula semula, dan penyakit yang muncul sejak sign up mungkin dikecualikan. Selalunya cukup dengan kemas kini penama, tambah rider, atau tambah pelan kecil di atas yang sedia ada. Upgrade atau tukar medical card: waiting period mula semula?

Tak Sempat Semak Sendiri? Hantar 2 Gambar Je.

Gambar Jadual Sijil dan penyata tahunan terbaru.

Boleh tutup nombor IC dan nombor akaun. Saya tak perlukan itu untuk semak. Percuma dan tanpa komitmen.

Bacaan berkaitan

Panduan umum sahaja. Terma sebenar ikut kontrak polisi anda. Tanda semak disimpan dalam pelayar anda sahaja.